seismik

Fazura Sekali Lagi Cetus Tanda Tanya Lepas Balas Ciapan Isu Curang - "Hint Ke Ni?"

Doa yang baik-baik je untuk Faz dan Fattah.

Cover image via @missfazura (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru nak reda, timbul pula spekulasi baru dalam kalangan netizen Malaysia selepas pelakon, Fazura memuat naik satu ciapan di laman X baru-baru ini

Tindakan Fazura membalas ciapan pengguna platform X berkenaan isu rumah tangga dan kecurangan semalam, 3 Oktober telah mencuri tumpuan ramai.

Ia menjadi tanya tanya kerana difahamkan, Fazura jarang aktif di laman X dan ciapan terakhirnya adalah pada Jun 2023.

Image via @missfazura (X)

Menerusi ciapan balas, pelakon dan usahawan itu meluahkan rasa simpati terhadap seorang wanita yang dipercayai sedang berdepan dengan krisis rumah tangga.

"Assalamualaikum sis. Saya kirimkan pelukan dan kasih sayang yang kuat boleh diberikan. Moga terus tabah," tulisnya.

Dalam pada itu, netizen mula membuat andaian bahawa Fazura seolah-olah memberi petunjuk mengenai kemelut rumah tangganya dengan Fattah Amin

Lihat itu ciapan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: