seismik

Teman Anak Jalan Kaki 6KM Ke Sekolah, Pak Cik Terima Motosikal Baru Daripada Hafiz Mahamad

Besarnya pengorbanan seorang ayah.

Cover image via Hafiz Mahamad (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang lelaki yang sanggup menemani anaknya berjalan sejauh 6 kilometer (km) ke sekolah setiap hari

Menerusi video panjang yang dimuat naik oleh Hafiz di Facebook dan Instagramnya, dia ke Kelantan menemui keluarga tersebut selepas kisah mereka tular dikongsikan seorang pempengaruh dan juga aktivis di media sosial.

Hafiz dilihat membawa lelaki tersebut dan anak-anaknya pergi membeli sebuah motosikal, barangan keperluan rumah selain sempat menyinggah di kedai gunting rambut.

"MasyaAllah hebat ilmu yang saya dapat daripada kisah ni. Bila sampai ke kampung ni, saya tengok jarak rumah ke sekolah, dalam hati, ‘ya Allah jauh sangat ni kalau budak dan ayah teman berjalan ke sekolah.

"Sampai di rumah mereka, saya nampak insan hebat ni, seorang ayah. Cikgu kata, pak cik ni sangat ‘caring’. Bukan sahaja pak cik ni teman anak berjalan 6km ke sekolah.

"Saya nampak di depan mata macam mana dia melayani anak-anak. Naik segan mata saya melihat macam mana perhatian diberi daripada pak cik ni," katanya.

Niat nak bantu keluarga tersebut kerana mahu memberikan semula semampu yang boleh kepada mereka yang memerlukan

"Saya tak sabar nak melihat 20 hingga 30 tahun akan datang, anak-anak ini akan melihat kenangan ini. Belajar dan carilah ilmu. Bila berjaya nanti, tarik dan didik anak-anak kami di esok hari.

"Terima kasih Abbe Hae, imam Kampung Abal, Jep, guru-guru dan semua yang terlibat untuk membantu keluarga ni, mahupun keluarga yang lain. Kejayaan demi kebahagiaan," katanya lagi.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: