Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Jaga Agama Lebih Utama Dari Vaksin" - Tetap Dengan Pendirian, Suhaimi Saad Tolak Disuntik

Dia juga menegaskan pengambilan vaksin tidak boleh dipaksa.

Wabak Covid-19 telah menyebabkan seluruh dunia berada dalam keadaan ketakutan

Hal ini kerana wabak tersebut mudah merebak dan menjangkiti sehingga boleh menyebabkan kematian kepada sesiapa saja.

Justeru, bagi membendung penularan wabak ini daripada berleluasa, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membekalkan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, masih ada sesetengah pihak yang enggan mengambil vaksin tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Tetap pendirian, tidak mahu dipaksa untuk mengambil vaksin

Umum mengetahui vaksin ini adalah diharuskan bagi umat Islam, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Bakri juga telah menyarankan kepada semua umat Islam untuk mengambilnya.

Baru-baru ini tular atu perkongsian di Instagram milik bekas anggota kumpulan nasyid popular In-Team iaitu Suhaimi Saad, apabila dia tidak mahu mengambil vaksin berkenaan.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

Image via @mosusofficial (Instagram)

"Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apa pun hujjah orang, itu tidak akan semudah mudahnya mengubah pendirian aku. Sebab aku pun ambil dalil dari Al Quran"

"Dalam Al Quran, Allah kata kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni,nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah"

"Aku juga ada pegangan dari hadis sohih, tinggalkan apa yg meragukanmu dan ambillah apa yang tidak meragukanmu"

"So,fair. Tak perlu hasut dan tak perlu paksa. Apa pun dalil dan hujjah manusia,
kalau kita ragu, tinggalkan itu lebih baik. Lidah boleh menipu,tapi hati takkan pernah berbohong"

"Aku 99% setuju dengan Ahmad Albob. Islam adalah agama Allah. Allah tak perlukan manusia atau sesiapa pun utk jaga agama Dia"

"Kalau semua org dlm dunia ni sihat dgn dengan vaksin tu pun,itu tak akan menambah atau mengurangi apa apa pun di sisi Allah"

"Jaga agama lebih utama bagi aku berbanding vaksin, dah berapa banyak vaksin yang mereka buat, tak menyumbuhkan pun. Malah makin banyak pula penyakit baru"

"Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh bodohkan oleh musuh islam dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah," katanya.

Dia juga menegaskan pendiriannya yang begitu teguh sehingga lebih rela mati daripada membiarkan agamanya dihina oleh musuh Islam. Malah, dia turut memberitahu agar pemgambilan vaksin ini tidak perlu dihasut dan tidak perlu dipaksa. 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment