"Jangan Biasakan" - Doktor Ini Dedah Kenapa Ibu Bapa Dilarang Tidur Bersama Anak
Mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya ini hal serius.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap ibu bapa perlu tahu bahawa mendidik anak sejak kecil adalah perkara yang sangat penting
Hal ini termasuklah dengan tempat tidur anak. Mungkin ramai ibu bapa di luar sana menganggap isu tempat tidur anak bukanlah satu masalah yg besar.
Namun, perkongsian daripada seorang doktor di TikTok ini telah mengundang perhatian ramai terutamanya mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Lihat video penuh itu di bawah:
Boleh membahayakan nyawa anak jika terleka
Menerusi perkongsian video daripada Amirah Azlan, kelihatan dia sedang mengupas topik tentang mengapa ibu bapa dilarang tidur bersama anak.
Menurutnya, terdapat banyak kes yang mendapati anak sesak nafas disebabkan terlangkup. Lebih-lebih lagi, bayi berumur bawah empat bulan yang tidak boleh mengangkat kepala mereka sendiri.
"Bila dia tertiarap atau terlangkup macam tu, dia tak boleh nak angkat kepala dia, So, dia akan sesak nafas dan meninggal begitu sahaja. Dia tak dapat nak menangis pun sebab muka dia terlangkup dekat bantal atau tilam," katanya.
Tambahnya lagi, jangan sesekali meletakkan bantal dekat bayi. Hal ini kerana ia boleh mengganggu pernafasan mereka.
Image via Amirah Azlan (TikTok)
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 120.2K views, 10.3K likes dan 716 shares di laman TikTok
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengatakan mereka tidak membiasakan penggunaan bantal untuk bayi mereka.
Ada juga yang bertanya apa perlu mereka buat sekiranya anak sentiasa meragam dan hanya ingin berkepit dengan ibu bapa.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via Amirah Azlan (TikTok)
Image via Amirah Azlan (TikTok)
Image via Amirah Azlan (TikTok)
Image via Amirah Azlan (TikTok)
Image via Amirah Azlan (TikTok)
Bahaya betul, risau kalau terleka sikit je kesian dekat anak :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment