“Bukan Malas Teran” - Doktor Ini Bidas Isu Sesetengah Pihak Perlekeh Wanita Beranak Caesar
Bayangkan pun dah dapat rasa sakit tu macam mana.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap wanita bergelar ibu saja yang tahu betapa sakitnya apabila melahirkan anak
Tidak kiralah bersalin secara normal atau pun Caesarean, sakitnya tetap sama. Malah, sebenarnya luka bersalin secara Caesarean mengambil masa lebih lama untuk pulih berbanding luka normal.
Tular baru-baru ini di laman For You Page (FYP) TikTok apabila seorang doktor membalas komen daripada netizen yang bertanya pendapatnya tentang orang yang selalu merendahkan wanita yang beranak secara Caesarean.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Berang apabila sesetengah pihak berkata wanita bersalin secara Caesarean kerana malas untuk teran
Menerusi video yang dimuat naik oleh Dr Sandra, dia menjelaskan isu mengapa bukan semua wanita bersalin secara normal dan ada yang terpaksa melakukan Caesarean.
"Jangan berani nak merendahkan wanita yang lahirkan caesar tau. Tak kisah lahir caesar ke lahir normal ke vaccum ke, semua wanita tu berkorban bertarung nyawa nak melahirkan seorang anak tu"
"Wanita yang deliver normal tu dari bawah. Sakit macam mana, koyak macam mana pun nanti dia akan sembuh natural"
"Tapi kalau nak caesar tu, dia adalah salah satu pembedahan yang major untuk seorang wanita dan boleh mengakibatkan kematian. Faham?" katanya.
"Thanks doctor bagi semangat, I tiga orang anak semua caesar" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 255.8K views, 22.9K likes dan 5.1K shares di TikTok.
Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut meluahkan pendapat masing-masing mengenai isu bersalin secara Caesarean yang sering diperlekehkan itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: