Jangan Terus On Plug, Ini 7 Tips Untuk Anda Selamatkan Barangan Elektrik Selepas Banjir
Semoga bermanfaat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, kita semua dikejutkan dengan banjir kilat yang begitu luar biasa sekali
Terutamanya bagi penduduk di negeri Selangor yang tidak pernah mengalami banjir teruk seperti ini. Banyak rumah dan kenderaan habis tenggelam dek kerana banjir ini.
Barangan juga tidak sempat diselamatkan kerana memikirkan nyawa terlebih dulu, sudah tentu ini amat menyukarkan mereka. Namun, tahukah anda sebenarnya anda masih berpeluang untuk menyelamatkan barangan elektrik anda selepas dimasuki air?
Berikut adalah perkongsian daripada Facebook yang boleh anda lakukan pada barangan elektrik anda:
Image via Chik YS (Facebook)
1. Jangan terus hidupkan
Image via istock
Seperti yang kita semua tahu, barangan elektrik amat berbahaya jika telah dimasuki air kerana boleh mengakibatkan renjatan elektrik dan sebagainya. Disebabkan itu, kita tidak disarankan untuk terus menghidupkannya. Biarkan ia terlebih dulu.
2. Bersihkan daripada lumpur
Image via Media Network
Sudah tentu, banjir mengakibatkan banyak barangan menjadi kotor dan dipenuhi dengan lumpur termasuklah barangan elektrik. Jadi, apa yang kita boleh buat adalah kumpul semua peralatan eletrik dan kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
3. Buka penutup komponen
Image via Impiana
Antara perkara penting untuk menyelamatkan barangan elektrik adalah anda perlu membuka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
4. Jemur tengah panas
Image via Detik Finance
Apabila anda sudah selesai mencuci dan merasa sudah cukup bersih, jemur tengah panas 2 hingga 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
5. Cuba guna hair dryer
Image via Popmama
Namun, jika anda rasa menjemur tidak cukup memuaskan hati anda, cuba guna hair dryer untuk betul-betul mengeringkan bahagian yang sukar. Mungkin cara ini akan mempercepatkan proses pengeringan.
6. Pasangkan balik penutup
Image via Sejuk Peti
Selepas siap mengeringkan, jangan lupa untuk memasang semula komponen dan semua bahagian penutup dengan lengkap. Pastikan ia kembali seperti asal semula.
7. Cuba hidupkan plug
Image via Freepik
Langkah terakhir adalah anda kini boleh mencuba hidupkan barangan elektrik bagi mengetahui ia masih berfungsi atau tidak. Yang penting anda kena sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.
Selamat mencuba guys! Semoga barangan elektrik korang dapat diselamatkan dengan tips ini :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment