Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Janna Nick Teruja Digandingkan Bersama Che Puan Sarimah Ibrahim Di TikTok Awards 2024

TikTok Awards 2024 bakal bersiaran secara langsung pada 11 Ogos ini di TV3.

Cover image via Utusan Malaysia Kosmo Digital

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa teruja apabila bakal menjadi hos bersama Che Puan Sarimah di TikTok Awards 2024 tak lama lagi

Image via Facebook

Menurut sumber, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner memberitahu bahawa dia telah ditawarkan untuk menjadi hos TikTok Awards dua bulan sebelum anugerah tersebut berlangsung.

Memandangkan tanggungjawabnya yang digalas kali ini sedikit berbeza, Janna berkata dia sudah membuat persiapan yang rapi untuk mengendalikan acara berkenaan.

"Saya teruja dan gembira apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara yang berskala besar ini.

"TikTok Awards sangat berbeza dengan anugerah dan program hiburan yang lain, jadi persiapannya pun berbeza," katanya.

Berdebar untuk mengacarakan TikTok Awards bersama Che Puan Sarimah, namun mengharapkan yang terbaik

Image via @jannanick (Instagram)

"Sudah semestinya saya rasa gementar sebab dia adalah seorang pengacara lagenda. Tapi saya tidak sabar untuk mempelajari ilmu pengacaraan daripada dia.

"Saya harap kami berdua dapat memberikan kerjasama yang baik untuk menghiburkan penonton yang hadir dan di rumah," katanya lagi.

Menurut Janna juga, anugerah ini sangat bagus sebab menjadi content creator bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam masa sama, TikTok Awards mengutamakan penilaian dari segi kualiti konten dan yang memberi inspirasi kepada penonton.

TikTok Awards tahun ini mengangkat tema 'Realisasikan Impianmu (Celebrating New Dreams)'

Anda boleh mengundi di sini bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024.

Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.

TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

Image via SAYS Seismik

Image via SAYS Seismik

Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli di sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment