seismik

Khairul Aming Teruja Jadi Juri TikTok Awards Malaysia 2024 - "Bukan Tugas Mudah"

Khairul Aming juga akan menggalas tanggungjawab menjadi juri untuk TikTok Awards Malaysia 2024.

Cover image via Murai MY & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas dinobatkan sebagai Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2023, kini pempengaruh Khairul Aming diberi tanggungjawab untuk menjadi juri di TikTok Awards Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada 11 Ogos ini

Image via Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman meletakkan kriteria tertentu dalam memartabatkan kerjaya sebagai 'content creator' yang layak diumumkan sebagai pemenang.

"Sebenarnya, terkejut juga sebab saya ingatkan tak ada wakil 'content creator'. Alhamdulillah, ada juga wakil. Jadi, memang saya teruja. Kawan-kawan sendiri pun ada yang tercalon, tapi saya kena bersikap profesional. Tak boleh ada pilih kasih.

"Kriteria paling utama yang saya akan lihat adalah bagaimana mereka menonjol dalam kalangan calon-calon. Tak mahulah popular semata-mata. Tapi, biarlah ada impak kepada masyarakat. Itu paling utama," katanya.

Ingin cuba teroka pelbagai perkara baharu dan cari kelainan, memandangkan sekarang makin ramai buat konten masakan

Ditanya mengenai kehadiran 'content creator' baharu dan ramai juga yang mencuba nasib dengan menghasilkan kandungan masakan sepertinya, Khairul Aming berkata, perkembangan itu juga membuatkannya ingin cuba meneroka pelbagai perkara baharu.

"Memang ramai dan resipi dah banyak. Saya dah mula rasakan pasaran itu semakin tepu sedikit sebab pemain dah ramai. Sekarang, masanya untuk setiap pemain melonjakkan permainan mereka.

Image via Murai MY

"Saya memang dah cuba buat benda baharu sekarang. Contohnya kandungan dari New Zealand dan saya akan ada kandungan baharu lain juga selepas ini. InshaAllah.

"Saya sekarang fokus kepada program bersiri saya sendiri yang mana nak lebih ke arah kandungan yang berdurasi lebih panjang. Sebelum ini, dah beberapa tahun saya tumpukan kepada kandungan pendek.

"Ia okay dan boleh tular, tapi kepuasan dalam penceritaan itu tak sampai. Orang tak tengok sampai habis, tak mengapa. Yang penting, kita puas dapat buat benda itu," katanya.

Program itu juga menjadi cabaran baharu buatnya kerana mengeluarkan duit sendiri dan menguruskannya bersama dua rakan

"Program bersiri di New Zealand itu akan ada sembilan episod dan akan ditayangkan seminggu sekali di TikTok. Kemudian, barulah saya akan terbitkan satu program baharu.

"Kos untuk perjalanan ke New Zealand bagi menjayakan program ini, rasanya lebih RM80,000. Tapi, apa yang boleh saya kongsikan, kami bertiga pergi ke sana memang 'Rambo'. Tak ada penata gaya rambut, tak ada jurusolek, semua tak ada dan buat sendiri. Semuanya dana sendiri. 

"Kandungan memasak masih ada, tapi saya akan lebih tumpukan ketika Ramadan. Jadual ketat sangat-sangat. Video memasak pun tak banyak sekarang ini. Tapi, ini sebahagian daripada perjalanannya.

Image via Utusan

"Cumanya, saya ini tidaklah berniaga saja sebab perniagaan saya itu pun sebahagian daripada kandungan saya. Jadi, saya cuba seimbangkan. Mungkin orang nak tengok saya memasak dan berniaga.

"Pergi ke mana-mana, kena reda apabila orang nak bergambar. Itu normal. Apabila berjumpa pengikut atau peminat, kebanyakan mereka pun tahu menghormati privasi saya.

"Jadi, mereka nak bergambar pun, mereka akan minta izin. Saya tak ada masalah. Saya tak mahulah ada pengawal peribadi atau apa sebab saya dapat hidup macam sekarang pun, dah bersyukur dah," katanya lagi.

Selain Khairul Aming, kerusi juri akan turut diisi oleh Pengurus Besar Operasi TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof

TikTok Awards Malaysia 2024 bakal berlangsung pada 11 Ogos ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beli tiket TikTok Awards Malaysia 2024 di laman web REV Ticket sekarang atau tonton secara langsung melalui Tonton pada 11 Ogos, 9 malam!

Image via SAYS Seismik
Image via SAYS Seismik

You may be interested in: