Jawapan Makanan 'Rare' Yang Netizen Teringin Makan Masa Raya Memang Luar Biasa Betul!
Macam-macam jawapan kami terima. Pelik sangaaaat pula!
Setiap kali tibanya Hari Raya, juadah seperti rendang, ketupat, ayam masak merah, kuah lodeh dan lemang merupakan makanan WAJIB yang dihidangkan di setiap rumah
Image via Google
Jadi, kali ini kami telah melakukan satu survey untuk lihat sendiri, selain juadah raya yang sering dihidangkan ini, apa lagi agaknya makanan yang rakyat Malaysia teringin untuk cuba makan ketika hari raya. Bukan main lagi jawapan mereka. 'Rare' betul semua makanannya!
Banyak betul jawapan yang kami terima, di bawah merupakan hidangan menarik yang mungkin anda boleh cuba untuk memberikan lebih kelainan di Hari Raya!
Image via OHBULAN!
1. Makanan yang berasaskan Sunnah Nabi. Alhamdulillah. :)
Image via Facebook
Seperti yang anda tahu, juadah ketika Hari Raya selalunya penuh dengan rempah ratus, minyak dan kolestrol. Nampaknya ada yang memberikan cadangan supaya kita semua berbalik semula kepada Sunnah Nabi dengan menggantikan bahan-bahan makanan kepada bahan yang lebih berkhasiat seperti menggunakan minyak zaitun bagi menggantikan minyak masak biasa.
Selain tu, dia juga menyadangkan supaya memperbanyak hidangan berkuah supaya bila hirup makanan boleh dapat sekali khasiatnya. Cadangan yang sangat baik!
2. Masakan 'Korea', campur Melayu. Wah, lain macam ni!
Image via Facebook
Wow lain macam sungguh selera dia ni, international! Kalau anda nak tahu, Kimchi merupakan makanan tradisional masyarakat Korea yang berasaskan sayur-sayuran dengan beberapa bahan seperti chili paste, oyster dan sebagainya. Selalunya Kimchi ini wajib ada setiap kali mereka menghidangkan nasi atau mi. Tapi deria rasa mereka ini lain macam betul siap nak makan Kimchi dengan nasi minyak!
3. Tak habis lagi dengan 'dendam' Rendang Crispy ye. Hehehe.
Image via Facebook
Sejujurnya, kami teringin nak rasa rendang crispy ni macam mana. Kalau anda dah lupa, isu rendang crispy ini terjadi bila seorang peserta MasterChef UK dikritik kerana hidangannya tidak disukai salah seorang juri program itu, kerana ayam rendang yang dimasaknya dikatakan tidak cukup rangup.
Merasakan identiti masakan traditional Melayu dipermainkan, masa ini tentera bawang Malaysia dan Indonesia telah bersatu hati mempertahan masakan asli Melayu itu. Kalau ada yang ingin mencuba buat rendang crispy, nanti boleh hantar di rumah kami ya. Teringin pula nak rasa.
4. Orang Utara ke ni?
Image via Facebook
Kamai yakin mereka berdua ini orang utara, sebab request harum manis dengan ketupat nasi. Mana tidaknya, bahagian utara lebih popular dengan ketupat daun palas berbanding ketupat nasi. Betul tak? Hmm sedapnya yang cadangkan pulut harum manis, makan berulang kali pun tak puas. Tapi bersedialah kalau perut anda kembung lepas tu. Untuk yang masih belum tahu, harum manis ini merupakan salah satu baka buah mangga terbaik yang berasal daripada negeri Perlis. Musimnya pula selalu pada bulan 5 atau 6 setiap tahun.
5. Hidang Pasta di Hari Raya? Macam menarik aje.
Image via Facebook
Kamai ertarik dengan komen-komen ini sebab mereka cadangkan pasta/spaghetti untuk hidangan raya. Kadang-kadang bila dah makan banyak sangat makanan raya, mesti nak cari hidangan lain bukan? Lagi-lagi kalau ikut marhaban atau ada banyak jemputan rumah terbuka, senak perut kalau asyik hadap makanan raya je. Tapi kalau hidang spaghetti bukan sahaja ringkas, malah senang untuk dihadamkan.
Image via Facebook
Pertama kali pula kami dengar ada spaghetti kuah rojak dengan carbonara tomyam. Nak kena cuba buatlah raya nanti, nak juga rasa sendiri sedap atau tidak. Tak sangka pula ada macam-macam jenis hidangan lain daripada yang lain boleh dihasilkan dengan pasta ini. Tapi cakap pasal pasta, kami nak kongsi cara lain untuk anda boleh menang hadiah lumayan hanya dengan pasta.
Eh, menariknya! Jom tengok cara-caranya...
Ingin menang sehingga RM20,000 daripada Prego? Tengok video ini dulu!
Image via Prego Malaysia
Siapa sahaja yang tidak tahu pasta jenama terkenal iaitu Prego. Memang sedap dan simple je nak masak. Lebih-lebih lagi di musim perayaan ini, kalau nak buat rumah terbuka pun senang untuk hidang pasta kepada para tetamu.
Berita baiknya, sempena raya ini, Prego nak bagi anda hadiah raya sehingga RM 20,000. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu cipta video di laman Prego dan kemudian teka Siapa Makan Pasta Raya itu.
Cara-cara penyertaan mudah sahaja iaitu:
Langkah 1: BELI produk Prego bernilai RM20 ke atas di dalam satu resit, simpan resit sebagai bukti pembelian.
Langkah 2: CIPTA kisah “SIAPA MAKAN PASTA RAYA” dan kongsi di laman Facebook.
Langkah 3: LENGKAPKAN borang penyertaan di www.prego123.com.my/raya
Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda nak tapi dengan syarat bukti pembeliaan yang haruslah berbeza. Untuk lebih terma dan syarat, boleh baca di sini. Di bawah merupakan hadiah yang boleh anda menangi. Syoknya!
Image via Prego
Mudah bukan nak menang hadiah raya hanya perlu cari siapa sebenarnya makan pasta raya ni? Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang peraduan ini, anda boleh terus ke laman web rasmi Peraduan Siapa Makan Pasta Raya?
Jika anda ingin belajar resipi untuk memasak pasta atau ingin tahu lebih tentang produk Prego ini, layari laman web rasmi Prego Malaysia
Image via Prego
Bukan itu sahaja, sempena raya ini juga, jika anda membeli produk Prego dan/atau Campbell’s yang bernilai RM20 ke atas dalam satu resit, anda bakal mendapat pinggan edisi terhad Siapa Makan Pasta Raya. Tunggu apa lagi? Jom ke pasaraya berdekatan untuk dapatkan produk Prego hari ni juga!
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.
Al-Kisah rendang crispy :p
Leave a comment