seismik

Chef Dari Malaysia Hasilkan Resipi Rendang Ayam 'Crispy' Untuk 'Menjentik' Gregg Wallace

Parodi Rendang Ayam Crispy paling win setakat ini!

Cover image via Yenni Law / Facebook

Seorang Chef dari Malaysia, Yenni Law telah hasilkan resipi Rendang Ayam Crispy seperti yang dikatakan oleh panel juri MasterChef UK iaitu Gregg Wallace dan John Torode

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, Yenni Law, 43, merupakan seorang chef yang mengendalikan sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail. Beliau adalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan keputusan juri MasterChef UK yang telah menyingkirkan Zaleha kerana rendang ayamnya idak rangup.

Disebabkan itu, beliau telah mencipta sendiri resipi Rendang Ayam Crispy untuk dijadikan parodi kepada Gregg Wallace dan John Torode yang mencetuskan kemarahan penduduk nusantara.

"Tahniah, Gregg Wallace. Impian anda untuk menjadikan Rendang Ayam Crispy sudah menjadi kenyataan!" kata Yenni.

Yenni turut berkongsikan resipi Rendang Ayam Crispy tersebut melalui media sosial

Menurut Yenni, ramai yang bertanyakan tentang resipi Rendang Ayam 'Crispy' tersebut melalui Direct Message (DM) dan beliau bersetuju untuk berkongsi kepada semua.

Jika anda teringin untuk hasilkan Rendang Ayam Crispy ini, boleh ikut resipi Chef Yenni Law! Mesti sedap! :p

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jika anda terlepas drama Rendang Ayam 'Crispy' ini, boleh baca di bawah:

You may be interested in: