"Jenuh Nak Tunggu" - Goreng Keropok Tanpa Minyak, Eksperimen Guna Garam Ini Menjadi
"Keropok sihat" - Netizen
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Keropok ikan sudah tentu menjadi makanan kegemaran ramai orang
Kebiasaannya, keropok ikan dijadikan hidangan minum petang atau dimakan semasa santai-santai sambil menonton televisyen di rumah. Untuk menggoreng keropok ini sudah tentulah menggunakan minyak masak yang panas.
Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pemuda menggoreng keropok tanpa minyak masak mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gigih goreng keropok guna garam, rupa-rupanya menjadi
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang berada di dapur untuk menggoreng keropok ikan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila cara dia menggoreng keropok itu lain daripada yang lain. Dia menggunakan garam kasar dan bukan minyak masak.
Pada awalnya, dia hanya ingin mengeksperimen, namun keropok itu menjadi rangup apabila dimasak menggunakan garam seketika.
"Takde minyak masak? Takpe. Guna garam" - tulisnya pada kapsyen video.
Dia juga menasihati untuk memastikan garam sudah cukup panas supaya keropok tidak melekat.
Image via @lurvelove (TikTok)
Image via @lurvelove (TikTok)
"Keropok dah siap, tetamu dah balik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 700K tontonan, 46K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan cara itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @lurvelove (TikTok)
Image via @lurvelove (TikTok)
Image via @lurvelove (TikTok)
Entah sampai bila nak habis masak keropok itu kalau goreng satu-satu! :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment