Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Netizen Gembira 'Malaysia' Disebut Dalam Running Man, Ini Gara-Gara Ji-hyo Tersalah Cakap!

Memang betul-betul blur si Ji-hyo ni!

Siapa tidak pernah dengar mengenai Running Man, sebuah rancangan hiburan dari Korea Selatan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga seluruh dunia

Rancangan Running Man yang bertemakan permainan ini menjadi rancangan kegemaran ramai sehingga mempunyai rating tontonan yang tinggi.

Image via Viki

Disebabkan itulah Running Man masih lagi relevan dan mendapat tempat di hati peminat meskipun ianya telah bersiaran sejak tahun 2010 lagi.

Dibarisi oleh beberapa selebriti terkenal seperti Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Haha, Jeon So Min, Yang Se Chan dan juga mereka yang telah menarik diri dari rancangan ini iaitu Kang Gary, Song Joong Ki dan juga Lizzy.

Image via Hype MY

Mereka yang menonton dan meminati Running Man pasti mempunyai karakter kegemaran tersendiri, bukan?

Baru-baru ini heboh di media sosial klip sedutan dari episod 508 apabila nama Malaysia disebut dalam rancangan terkenal itu.

Ini semua gara-gara Ji-hyo tersalah cakap.

Song Ji-hyo

Image via Asia Wiki

Dalam keratan video episod tersebut, Lee Kwangsoo telah mendedahkan bagaimana Song Ji-hyo tanpa sengaja melaungkan "I love Malaysia" ketika mengadakan fan meeting bersama peminat mereka di Hong Kong.

Ji-hyo sememangnya dikenali dengan sifatnya yang kurang peka dengan keadaan sekeliling itu sehingga menyebabkan dia mendapat gelaran 'Mong Ji' yang membawa maksud blur atau blank dalam Bahasa Korea.

Bukan itu sahaja, ke-blur-an Ji-hyo itu dibuktikan lagi oleh salah seorang peminat yang memberitahu bahawa dirinya selalu menghadiri sesi fan meeting bersama selebriti wanita terbabit.

Meskipun mengakui sudah selalu melihat wajah peminat setianya itu, namun Ji-hyo asyik terlupa di manakah tempat tinggalnya walaupun sudah diberitahu banyak kali sebelum ini. Lebih melucukan ialah Ji-hyo main cakap sahaja nama-nama lokasi yang dia rasakan betul.

Boleh lihat video penuh beserta dengan subtitle di bawah:

Sudah menjadi lumrah orang kita, pantang nama Malaysia disebut orang luar, pasti rasa excited!

Hasil tinjauan di laman Twitter mendapati peminat-peminat Running Man dari Malaysia semuanya teruja nama negara disebut dalam rancangan realiti terkenal di Korea Selatan itu.

Antara komen menarik daripada netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Pelakon drama 'Crash Landing On You' ni ada darah Malaysia rupanya!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment