Johor Wajibkan Lelaki Yang Beragama Islam Tutup Premis Perniagaan Untuk Solat Jumaat
Pelanggan, pemilik atau pekerja wanita Islam boleh terus menjalankan urusan perniagaan di premis masing-masing.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelanggan dan pemilik premis perniagaan lelaki yang beragama Islam di Johor diwajibkan untuk meninggalkan urusan perniagaan atau menutup sementara premis ketika solat Jumaat
Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata ia bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.
Katanya, kelonggaran diberikan kepada pelanggan, pemilik atau pekerja wanita Islam untuk terus menjalankan urusan perniagaan di premis masing-masing.
"Mereka yang kena tinggalkan jual beli ini adalah orang lelaki, orang Islam, maka orang inilah jangan berniaga dan jangan berkerja (ketika solat Jumaat).
"Kenapa lelaki Islam pergi makan ketika solat Jumaat, kenapa berniaga ketika orang sembahyang Jumaat.
"Kita akan laksanakan penguatkuasaan bagi memastikan semua lelaki yang wajib solat Jumaat menunaikan kewajipan mereka," katanya.
Image via Utusan
Sedia laksanakan arahan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Januari tahun depan
Sementara itu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Januari tahun depan diminta membuat aduan berhubung perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor.
Menurutnya, majikan yang ingkar dengan tidak memberi waktu rehat mencukupi pada setiap Jumaat, boleh dikenakan tindakan.
"Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu kerja mereka disusahkan, maka pekerja boleh mengadu perkara itu kepada JTK di bawah Akta Pekerja kerana diskriminasi dan majikan terlibat akan diambil tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) mengenai kesediaan kerajaan negeri memudahkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 1 Januari tahun depan.
Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025 di Johor mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Tunku Mahkota Ismail turut bertitah agar semua syarikat swasta, pihak kerajaan dan pihak berkaitan memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat.
Khamis lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025, memaklumkan kerajaan negeri menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam bermula 1 Januari tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini.
Image via Berita Harian
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment