Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jom Lihat Antara 6 Buku Islamik "Mesti Baca" Pada Bulan Ramadan Ini. Semoga Bermanfaat!

Tambah ilmu dan refleksi diri.

Cover image via HuffPost Penerbit UPM

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramadan merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam

Pada bulan yang suci ini, kita dapat berpuasa, solat terawih, muhasabah diri dan membuat kebaikan kepada orang lain. Ramai juga muslim yang berlumba-lumba untuk khatam Al-Quran dan bangun solat pada waktu malam.

Tahu tak, sebenarnya membaca buku juga merupakan satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah sepanjang bulan mulia ini? Jika anda mencari buku-buku Islamik untuk menambah ilmu dan memperbaiki diri anda, jangan risau! 

Jom lihat antara senarai buku-buku Islamik 'mesti baca' pada bulan ramadan ini:

1. Teguran Dari Langit oleh Deanna Chee

Image via Good Reads

Sinopsis:
Buku ini menceritakan kisah-kisah pendek berdasarkan pengalaman penulis dan ia secara tidak langsung dapat dikaitkan dengan kehidupan kita juga. Terdapat banyak sebenarnya 'teguran dari langit' yang kita tidak nampak kerana terlalu asyik dengan duniawi. Buku ini baik untuk motivasi dan muhasabah diri.

Harga:  RM 20.70

Beli di sini.

2. Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran oleh Imran Zaki

Image via Good Reads

Sinopsis:
Imran Zaki menerusi buku ini membawakan perspektif Al-Quran yang mendakap diri kita saat kesedihan hadir dalam diri. Dengan potongan ayat-ayat Al-Quran berkaitan kisah-kisah para nabi, buku ini ditulis dengan penuh kasih sayang supaya setiap individu yang membacanya dapat move on dan melangkah ke hadapan. 

Harga:
RM 35.00

Beli di sini.

3. Nabi Muhammad SAW Juga Seorang Manusia oleh Khubaib Akhi

Image via Good Reads

Sinopsis:
Kita selalu mendengar tentang kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia sering kali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh daripada realiti hidup kita yang tidak sempurna. Namun sebenarnya, apa yang kita lalui setiap hari mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui oleh Nabi SAW. Melalui buku ini, Khubaib Akhi menceritakan mengenai sifat manusia yang ada pada Nabi SAW yang mampu untuk memberi refleksi terhadap manusia lain.

Harga: RM 35.00

Beli di sini.

4. Sisi Berakhlak yang hilang oleh Hasrizal Abdul Jamil

Image via Book Cafe

Sinopsis:
Buku ini sangat sesuai buat individu yang sering merasa dirinya gagal dalam kehidupan. Menerusi buku ini, Hasrizal Abdul Jamil menyenaraikan sikap-sikap yang boleh meningkatkan kualiti diri seseorang. Ia merupakan titik permulaan dalam merealisasikan segala impian yang telah dicitakan, dengan izin Allah SWT. Semoga dengan membaca buku ini, anda dapat menjadi hamba yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Harga: RM 35.00

Beli di sini.

5. Hiduplah Untuk Hari Ini oleh Muhammad Al-Ghazali

Image via MPH Online

Sinopsis:
Buku ini khas buat mereka yang masih dibelenggu kesilapan lalu sehingga suka menyalahkan diri sendiri. Jadi, ia menekankan mengenai masa lalu tidak boleh diubah namun masa hadapan pula tidak boleh diramal. Dengan mengikut panduan Al-Quran dan hadis, Muhammad Al-Ghazali menawarkan penyelesaian bagi menghadapi masalah yang sering mengganggu kehidupan kita. Semoga buku ini dapat memberi ketenangan buat anda yang sentiasa gelisah.

Harga: RM 32.00

Beli di sini.

6. Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal oleh Martin Lings

Image via Book Cafe

Sinopsis:
Buku ini adalah di antara sirah Nabi Muhammad SAW yang terbaik pernah dihasilkan. Martin Lings telah menyampaikan kepada pembaca riwayat hidup baginda SAW dengan menyeluruh. Selain sisi peribadi baginda, biografi ini turut menyentuh aspek sosial, ekonomi, dan politik pada zaman awal Islam. Ditulis bersandarkan sumber-sumber terawal dalam sejarah Islam dan sudah meraih banyak anugerah di peringkat antarabangsa. Oleh itu, tunggu apa lagi jom miliki buku ini.

Harga: RM76.00

Beli di sini.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu mengisi masa lapang anda dengan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment