Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jovian Diarah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat, Gagal Lunaskan 'Pinjaman Persahabatan'

Difahamkan, dia gagal melunaskan hutang dalam tempoh setahun.

Cover image via Malaysia Kini

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini mengarahkan pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie untuk membayar RM10 juta kepada dua syarikat

Ia susulan disebabkan kes saman yang melibatkan pinjaman persahabatan yang dimeterainya.

Menurut Harian Metro, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin membuat keputusan itu pada 2 dan 4 April selepas membenarkan permohonan Bina Pragmatik Sdn Berhad dan Cekap Air Sdn Bhd untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Jovian.

Untuk rekod, penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.

Sehubungan dengan itu, Tetuan Saiful, Roger & Co yang mewakili kedua-dua syarikat tersebut telah mengesahkan perkara berkenaan.

Image via Malaysiakini

Kedua-dua syarikat mendakwa Jovian memungkiri janji dan kini gagal untuk bayar semula

Tuntutan dibuat oleh kenalan kepada Pengarah Cekap Air iaitu Yong Zhen Wei dan Pengarah Bina Pragmatik iaitu Azirul Salihin.

Difahamkan, Cekap Air yelah meminjamkan duit sebanyak RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan. Manakala, Bina Pragmatik juga meminjamkan amaun yang sama dengan memindahkan wang ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian.

Kedua-dua plaintif berkata pinjaman persahabatan itu perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Perjanjian dilakukan secara lisan dan kasual kerana peminjam dan Jovian adalah kenalan dan mereka tiada sebab untuk meragui Jovian kerana dia mempunyai perniagaan lain.

Bagaimanapun, kedua-dua plaintif mendakwa defendan telah memungkiri perjanjian pinjaman itu dan sehingga kini gagal membayar semula sehingga mereka mengalami kerugian.

Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment