Influencer Pasangan Popular Konten Islamik Kini Direman 4 Hari Kes Salah Guna Kuasa
Pasangan suami isteri itu kini direman bagi membantu siasatan kes menyeleweng kutipan derma.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasangan suami isteri popular konten islamik direman 4 hari untuk kes penyelewengan kutipan derma
Lelaki berusia 30 tahun dan isterinya, 26, dilihat memakai baju lokap berwarna oren SPRM ketika dibawa ke mahkamah. Mereka dilihat tenang dan turut sempat melemparkan senyuman kepada media yang hadir di situ.
Menurut sumber, ahli peniagaan tudung terbabit ditahan SPRM, pada jam 6.40 petang, Rabu. Dua lelaki daripada pengendali platform kutipan derma dalam talian juga direman.
Difahamkan, kutipan derma melebihi jutaan ringgit tidak disalurkan dengan betul
Sebagai rekod, kutipan duit sumbangan itu diraih melalui platform JomDonate.
Tambahan lagi, mereka juga didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai syak wasangka daripada netizen.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(1)(B) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!