seismik

"Tak Suka Terima Hadiah Masa Ulang Tahun"- Ini 6 Fakta Menarik Tentang Tun Dr Mahathir

Hari ini merupakan ulang tahunnya yang ke-99.

Cover image via Smart Investor & News Strait Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari ini, 10 Julai 2024 merupakan hari lahir ke-99 buat Tun Dr Mahathir Mohamad

Tahukah korang? Sebenarnya banyak fakta menarik yang mungkin ramai tak tahu pasal Tun Dr Mahathir. Jom ketahui dengan lebih lanjut!

1. Tak suka berehat, lebih suka bergerak dan aktif

Tun M menasihati orang ramai supaya tidak berehat terlalu lama lebih-lebih lagi ketika usia semakin meningkat. Beliau yang juga pernah menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia menjelaskan bahawa otot-otot akan rosak jika tidak digunakan.

Tun M juga menyarankan orang ramai untuk membaca dan menulis supaya otak bergerak dan aktif.

2. Tun M suka pergi ke Jepun

Menurut Tun M, bangsa Jepun adalah bangsa Asia yang pertama dapat menewaskan kekuatan ketenteraan Barat.

Mereka pernah berlawan dengan Rusia. Walaupun beliau tidak suka cara Jepun memerintah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua, namun menurutnya bangsa Melayu harus menjadikan Jepun sebagai contoh kerana mereka mempunyai jati diri yang begitu kuat. 

Image via Kosmo

3. Suka sarapan ringkas dan simple

Tun M biasa makan sekeping roti bakar, sehiris buah dan juga segelas kopi. Beliau akan minum kopi kali kedua pada jam 10 pagi. Pada waktu malam, beliau lebih gemar berperisa coklat. 

Beliau juga suka makan mi segera, namun pengambilannya dikurangkan dan beliau juga tidak makan ikan segar. Namun, baru-baru ini Tun M sudah jarang mengambil nasi. Hanya makan lauk saja, kalau korang nak tau, sayur kegemaran beliau adalah Salad.

Image via Google

4. Tak suka terima hadiah pada hari ulang tahun kelahirannya

Beliau menganggap bahawa orang lain mungkin akan mengambil kesempatan dengan memberikan hadiah yang bukan-bukan dan niat yang tidak betul.

Sebab itu, beliau tak suka menerima hadiah daripada orang lain. 

Image via Flickr

5. Selesa guna telefon pintar iPhone

Menurut beliau, telefon pintar ini jauh lebih mudah untuk beroperasi berbanding Android. Namun, beliau sendiri mengaku bahawa beliau tidak tahu bagaimana untuk menggunakan telefon itu dengan sepenuhnya. 

6. Tun M suka beli buku bila pergi KLCC

Hobi Tun M adalah membaca, sebab itu Tun M suka berkunjung ke mana-mana kedai buku dan meluangkan masa memilih dan membeli buku. 

Image via Facebook

Selamat hari jadi yang ke-99 Tun M, terima kasih atas jasa dan pengorbanan Tun M selama ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: