JPJ Kini Buru Lori & Bas Yang Menggunakan 'Hon Tenonet' Pada Kenderaan Mereka. Awas!
Trend itu sering digunakan oleh lori dan bas.
Siapa je yang tak pernah dengar nama 'hon tenonet' bukan?
Kalau anda nak tahu, ianya sering digunakan oleh pemandu kenderaan berat seperti lori dan bas di mana mereka akan membunyikan hon secara bernada dan berirama.
Sejak akhir-akhir ini, trend 'hon tenonet' dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan pemandu bas dan lori, sekali gus telah mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Justeru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama di sekitar Selangor untuk menghentikan aktiviti tersebut.
Image via JPJ Negeri Selangor (Facebook)
Denda akan dikenakan maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan
Menurut JPJ Negeri Selangor, penguatkuasaan terhadap kenderaan yang memasang 'hon tenonet' secara aksesori (retrofit) telah diambil tindakan saman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'memasang hon melebihi satu nada'.
Kesalahan ini boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 6 bulan di bawah Seksyen 119(1) APJ 1987.
Selain itu, kenderaan memasang 'hon tenonet' ini juga telah diambil tindakan dengan pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1).
Pemilik kenderaan perlu hadir pemeriksaan di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan membuang semula hon tenonet yang dipasang dan Notis Penarikan Semula Larangan Penggunaan Kenderaan (PG2) akan dikeluarkan selepas pemeriksaan kenderaan dibuat. Kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut.
Penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan dan undang- jalanraya yang telah ditetapkan.
Lihat posting penuh yang dimuat naik oleh Facebook rasmi JPJ Negeri Selangor itu di bawah:
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment