seismik

Denda RM10,000 Menanti Kepada Sesiapa Yang Melanggar SOP Bermula 11 Mac Ini. Awas!

Jika didapati bersalah, boleh ditangkap.

Cover image via Kosmo & Berita Harian

Kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid-19

Berdasarkan paparan di e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini, kompaun berkenaan akan berkuat kuasa 11 Mac depan.

Buat masa ini, individu dan syarikat yang melakukan kesalahan itu, hanya dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

Menurut laporan, kadar kompaun baharu itu akan berkuat kuasa mulai 11 Mac ini, mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Orang ramai yang melakukan kesalahan boleh ditangkap

Sementara itu, syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.

Manakala, individu yang dijangkiti atau disyaki terkena jangkitan atau menjadi kontak pula boleh dipakaikan dengan peranti pengesanan.

Kadar kompaun pula dinaikkan susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Bagi kesalahan yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata kini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, peranti pengesanan iaitu gelang tangan atau peranti yang diberikan pegawai yang diberi kuasa dan sebarang perbuatan memusnah, merosak, menghilang atau mengubahnya, menjadi satu kesalahan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: