"Jaga-Jaga, Nak Tengok Wayang Sekarang Pun Ada Roadblock" - Reaksi Netizen Ini Bikin Dekah
Macam biasa komen netizen tak pernah mengecewakan.
Umum sedia maklum, prosedur operasi standard (SOP) terbaru di panggung wayang memerlukan anggota keselamatan untuk memantau pengunjung yang datang
Setelah sekian lama, akhirnya panggung wayang dibenarkan untuk beroperasi semula semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 5 Mac 2021 yang lalu.
Namun, tular baru-baru ini di laman sesawang Twitter mengenai SOP baru yang ketat iaitu memerlukan khidmat anggota keselamatan dan ianya telah mengundang pelbagai reaksi terhadap netizen.
Lihat ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter di bawah:
Tak tenang nak tengok wayang sebab ada abang askar jaga dan perhati sambil pegang senapang
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @shahfahzan, dia telah berkongsi beberapa keping foto keadaan di sekitar panggung wayang yang dijaga oleh polis dan askar.
Anggota keselamatan berkenaan yang bertugas di depan pintu dan juga di dalam pawagam telah membuatkan ramai merasa cuak dan tidak selesa untuk menonton wayang kerana diperhati setiap masa.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila netizen meninggalkan pelbagai komen lucu di ciapan tersebut sehingga ada yang terlalu overthinking takut ditembak sekiranya tergelak di dalam panggung wayang.
"Bayangkan kau tengok cerita hantu, tak tahu nak seram hantu dekat skrin or abang askar" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah berjaya meraih 10K retweets, 12.2K likes serta 1.5K quote tweets di Twitter.
Rata-rata netizen memberikan reaksi masing-masing mengenai SOP baru ini dan kebanyakan komen mereka sangat menggelikan hati.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter: