Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jumpa Deodorant, Botol Kicap & Tin Spray Dalam Rektum, Doktor Dedah Nafsu Aneh Remaja Kini

Agak-agak kes yang dimaksudkan ini berlaku pada lelaki ke perempuan?

Cover image via EMS1.com

Manusia ini datang dalam bermacam-macam ragam. Disebabkan itu jugalah manusia mempunyai keinginan seks yang berbeza, baik daripada golongan lelaki mahupun wanita.

Mempunyai keinginan seks adalah sesuatu perasaan yang normal dan ia adalah sebahagian dari proses pembesaran. Bahkan setiap individu itu akan mengalami perasaan ini yang mana adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang penting untuk fungsi reproduktif dan seksual.

Walau bagaimananapun, setiap individu itu haruslah sentiasa berwaspada terhadap ransangan dalaman serta persekitaran yang mana boleh meningkatkan nafsu syahwat.

Keinginan seksual yang tidak terkawal boleh mendorong ke arah keganasan, contohnya merogol. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membuatkan seseorang itu melakukan perkara yang diluar jangkaan yang mana boleh memudaratkan diri sendiri.

Satu perkongsian di laman Facebook betul-betul mengejutkan (dan menggelikan) apabila seorang doktor mendedahkan macam-macam benda aneh yang pernah dijumpainya tersekat dalam rektum remaja masakini

Dr. Hana Hadzrami telah membuat satu posting di laman Facebook miliknya tentang kes yang diterima apabila sebuah figura kartun didakwa tersekat dalam rektum seorang remaja lelaki.

Menurut Dr. Hana, ini bukan kali pertama dia menerima kes seperti ini bahkan pernah beberapa kali menerima kes yang sama cuma yang berbeza adalah objek yang dijumpai didalam rektum masing-masing.

Baca perkongsian penuh di bawah:

You’ve got a friend in you!

Ini ialah x-ray abdomen dimana patung Buzz Lightyear berada didalam rektum seorang anak muda. Ia tak dapat dikeluarkan kerana butang sayap telah ditekan secara tak sengaja menyebabkan sayap Buzz berkibar dan tersekat.

Kami selalu dapat kes pelik sebegini. Selalunya ‘termasuk’ deodoran. Botol kicap pun ada. Alasan masing-masing sama saja; “saya tak perasan dan ‘terduduk’ atas tu doktor!”

Macamlah kami ni baru lahir semalam!

Gambar diambil dari Iinstagram Medspiration

Image via Facebook Hana Hadzrami

Paling besar kami jumpa ialah tin spray cat. Tak dapat kami bayangkan proses ‘kemasukan’ objek tersebut.

Majoriti kes sebegini terpaksa kami keluarkan objek tersebut dalam dewan bedah dibawah pembiusan penuh. Ada yang boleh ditarik keluar, namun ada yang perlu dikerat abdomennya (laparotomy).

Kan tak pasal-pasal malu! Nak seronok berseorangan, hasilnya semua orang tahu! Campur sakit lagi.

Dah. Tak usah buat kerja pelik-pelik ok!! Lipat kain atau jogging pun lagi berfaedah.

Hana Hadzrami
Tak tahu pulak misi Buzz Lightyear ialah terbang ke Uranus!

Susulan daripada perkongsian tersebut, Dr. Hana telah membuat satu lagi posting menyatakan kes-kes ini selalunya berlaku akibat ketagihan menonton pornography yang melampau

Kes-kes ini kerap kali terjadi kepada remaja yang terlalu ketagih menonton video lucah. Ekoran nafsu yang terlalu membuak-muak, remaja ini mudah terpengaruh sehinggakan diri mereka sendiri sanggup melakukan semula aksi rakaman tersebut.

Seperti yang dinyatakan dalam perkongsian Dr. Hana:

Post saya sebentar tadi bukanlah nak mempermainkan sesiapa. Tetapi nak tunjukkan bahaya pengaruh pornografi kepada anak-anak muda.

Nafsu kalau dilayan dan tak dibendung memang akan menjuruskan seseorang untuk melakukan perkara pelik-pelik dan memalukan.

Orang yang selalu melayan pornografi akhirnya akan ketagih dan tak akan berasa puas. Dia akan upgrade dari pornografi biasa kepada yang lebih ganas. Apabila klip perempuan muda dah tak mampu beri kepuasan, dia akan beralih kepada kategori kaum ibu atau anak kecil. Atau dari jantina berlainan kepada jantina sama. Atau dari manusia kepada haiwan.

Image via Google

Kalau nafsu dah membuak-buak tu, kita beri ceramah agama pun dah tak jalan. Yang difikirkan siang malam ialah bagaimana nak melampiaskan nafsu tersebut. Rosak otak jadinya.

Jangan pula kita pandai berceramah pada anak-anak tentang bahaya pornografi tetapi dalam henpon sendiri asyik berkongsi gambar-gambar lucah sesama rakan-rakan. Cakap mesti serupa bikin.

Cara nak bendung nafsu ialah salurkan tenaga melakukan perkara-perkara sihat. Usah biarkan diri kosong tanpa aktiviti kerana ia akan membuatkan anda teringat ‘hobi’ lama anda semula.

Minta doa dan kekuatan dari Tuhan untuk menjauhkan perkara fahsya dan mungkar. Kita memang tak kuat bersendirian tetapi Tuhan Maha Kuat.

Saya doakan semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Haih, macam-macam perangai manusia sekarang ini!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment