Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jururawat HKL Diserang Lelaki Kurang Siuman, Terima Empat Jahitan Di Kepala

Kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat, 28 Februari.

Cover image via Sin Chew Daily Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang jururawat wanita mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa menerima empat jahitan selepas diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki kurang siuman Jumaat lalu

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipukul di belakang kepala dengan objek keras ketika berjalan kaki menuju ke hentian bas berhadapan sebuah hotel.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata, polis sudah menahan suspek dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.

Image via Sin Chew Daily

"Polis menerima laporan pada 10.38 malam daripada jururawat itu yang menyatakan pada 5.10 petang, ketika berjalan kaki, dia dicederakan dengan cara dipukul di belakang kepala menggunakan suatu objek keras oleh seorang lelaki.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis menahan suspek pada 10.11 malam, Sabtu lalu di sekitar lokasi kejadian mangsa dicederakan dan merampas sebilah pisau pemotong kertas dalam milikannya," 
katanya.

Hasil pemeriksaan juga mendapati suspek seorang lelaki kurang siuman serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersamanya dan gagal mengemukakan butiran dirinya secara lisan

Image via Harian Metro

"Suspek kemudiannya dihantar ke HKL dan ditahan di wad psikiatri untuk pemantauan selanjutnya.

"Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan menyalurkan maklumat kepada polis jika terdapat pergerakan mencurigakan yang berkemungkinan mengancam keselamatan diri," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment