Boleh Ke Orang Lelaki 'Ponteng' Puasa Atas Alasan Kena Buat Kerja Berat?
Lihat penjelasan di bawah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, sebenarnya ramai golongan lelaki umat Islam di luar sana yang masih mengambil ringan bab puasa
Seperti mana yang kita tahu, hukum berpuasa adalah wajib. Hanya sesetengah golongan saja yang diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa.
Namun, baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang wanita berkongsi situasi sekiranya ada lelaki yang sengaja meninggalkan puasa hanya kerana alasan kerja berat.
Hanya lima golongan sahaja yang diberi keringanan untuk berbuka puasa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadmasrom, dia mengingatkan kepada mereka yang sengaja mencari alasan untuk tidak berpuasa terutamanya golongan lelaki.
"Lima golongan yang diberikan rukhsah untuk tidak berpuasa ialah orang yang bermusafir, orang sakit, orang tua yang lemah, pesakit yang tiada harapan sembuh, dan perempuan yang mengandung atau menyusu bayi.
"So celah mana yang ada golongan yang kerja berat? Lagi satu, tak nak berpuasa ini adalah kehendak you, bukan menjadikan alasan pekerjaan you sebagai kerja berat yang membolehkan you tidak berpuasa.
"Sedangkan ibu menyusu sekali pun tidak dibolehkan berniat tidak puasa tanpa usaha terlebih dahulu," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!