Restoran Di KL Caj RM7 Untuk Segelas Air Suam, Wanita Akui Silap Sendiri Tak Check Harga
Mahal betul ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi resit makanannya di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur yang berjumlah RM135.70
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @pinatzamree di laman Threads, difahamkan dia menjamu selera di sebuah restoran Arab yang terletak di Starhill.
Harga tersebut memang agak biasa jika makan di restoran Arab kerana pelanggan sedia maklum, harga makanan mereka mahal.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia berkongsi harga air suam yang dipesannya mencecah sehingga RM7 segelas.
"What is your 'daylight robbery' experience? Mine was RM7 for a glass of air suam at Tarbush Restaurant, Starhill.
"My mistake that i didn't ask or check the price before ordering. They did mention there’s a charge when I asked for warm water. I just thought how much could air suam cost you? Nahhh ambik you. RM7.00!" tulisnya.
Dalam pada itu, netizen mencadangkan wanita itu untuk membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDNKK)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!