MBDK Lancar Program Melesenkan Anjing Peliharaan Secara In-Situ, Bayaran RM10 Seekor
Setakat ini, sebanyak 70 ekor anjing telah berjaya dilesenkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Program Melesenkan Anjing Peliharaan Secara In-Situ telah dijalankan di Padang Lintang Dato Tahir 1, Kapar, Klang pada Sabtu lalu
Menerusi hantaran di Facebook Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) program tersebut bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Difahamkan, program ini merupakan salah satu 'outreach' yang dilaksanakan oleh MBDK kepada komuniti Klang yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan.
Pemilik-pemilik anjing peliharaan bertanggungjawab untuk melesenkan anjing selaras dengan kehendak dan keperluan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007.
Jumlah bayaran bagi seekor anjing ialah RM10 setahun
Jumlah anjing peliharaan yang telah divaksinkan sebanyak 49 ekor oleh pihak agensi swasta (Serv-U Veterinary Clinic).
Jumlah bayaran bagi seekor anjing ialah RM10 per tahun.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://mylesen.mpklang.gov.my/login untuk permohonan lesen anjing peliharaan secara atas talian.
Dalam pada itu, MBDK turut membuka kaunter semakan kompaun antaranya kesalahan seperti halangan dan lalu lintas, kompaun letak kereta, kompaun caj meter, kompaun halangan sementara serta lain-lain kompaun yang berkaitan dengan memberikan diskaun untuk kesalahan yang telah dilakukan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!