Viral Video Pekerja Di Tapak Pembinaan Kantoi 'Skodeng' Wanita Guna Alat Construction
Dekat mana-mana pun dah tak selamat sekarang ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di laman X, seorang pekerja di tapak pembinaan menggunakan alat construction untuk mengintai perempuan telah mencetus kemarahan ramai
Menerusi video yang dikongsi oleh @kamaghul, kelihatan sekumpulan pekerja tersebut sedang berada di sebuah kawasan tapak pembinaan rumah.
Apa yang membuatkan ramai berang adalah apabila salah seorang daripada mereka dengan selamba mengintai seorang wanita yang berada di balkoni rumahnya.
Lebih membuatkan netizen geram, dia menyalahgunakan alat construction yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kerja.
Susulan tularnya video tersebut, ramai yang telah meluahkan rasa marah mereka di ruangan komen seperti di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!