Doktor Terkilan Patient Umur 14 Tahun Hamil - "Buat Sekali Je, BF Ingat Takkan Pregnant"
Kesian dekat ibu bapa dia, hmm.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang doktor di Facebook berkongsi pengalamannya berjumpa patient berumur 14 tahun yang sudah lima bulan tak datang bulan
Menerusi hantaran di Facebook oleh Amira Shazalyna Razali, doktor tersebut berkata remaja berkenaan datang ke klinik bersama ibunya.
Pada mulanya, dia hanya menganggap remaja itu sakit biasa dan ingin memeriksa haidnya yang tidak teratur.
Namun begitu, dia mula rasa tidak sedap hati selepas ibunya memberitahu perut si anak kelihatan besar.
Bila scan perut nampak janin cukup sifat, rupa-rupanya dah 5 bulan hamil
Apa yang mengejutkan doktor itu adalah apabila dia menyelak perut remaja tersebut nampak besar dan seperti ada ‘isi’.
Rupa-rupanya, dia sudah hamil lima bulan. Ibunya terkejut lalu memarahi anaknya itu.
Malah, dia bertanya sama ada boleh gugurkan kandungan anaknya itu atau tidak. Namun, kandungannya sudah cukup matang dan tidak boleh digugurkan.
Selepas doktor itu bertanya kepada remaja berkenaan, dia memberitahu bahawa dia memang melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!