seismik

Ini 7 Jenis Kuih Raya Yang Dikatakan 'Overrated' - "Rasa Biasa Je Tapi Kenapa Ramai Suka?"

Apa kuih raya yang biasa je bagi korang?

Cover image via UtusanTV & Makan With Cherry

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berbaki beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri

Mesti ramai yang sudah membeli kuih raya bukan? Tidak kurang juga, ada yang dah mula membuat kuih raya bersama keluarga sebagai aktiviti hujung minggu.

Selalunya, kita hanya bertanya kepada orang ramai apa kuih raya favourite mereka. Tetapi, kali ini kami akan kongsikan senarai kuih raya yang 'overrated' dan mengapa mereka memilih kuih tersebut.

Agak-agak ada tak kuih kegemaran korang dalam senarai di bawah? Jom tengok!

1. Tart nenas

"Saya rasa tart nenas ni biasa je, tak ada apa yang special pun. Tak ada vibe raya sangat, time perayaan lain pun kuih ni jadi hidangan pada tetamu".

- Naz, 30

Gambar sekadar hiasan.

Image via AgroBazaar Online

2. Biskut lidah kucing

"I rasa dia macam mahal tapi tak ada inti, rasa butter semata-mata saja. Mungkin sebab dia warna-warni so nampak sedap. Sebenarnya banyak lagi kuih raya yang patut diviralkan, tapi bukan biskut ni".

- Sherry, 22

Gambar sekadar hiasan.

Image via Masak Goreng - Word Press

3. Cornflakes madu

"Kuih ni basically cornflakes lepas tu letak madu. Tapi orang jual mahal betul! Saya pernah beli sebalang sampai RM35. Padahal seller guna separuh je plastik cornflakes tu. Rasa pula biasa je. Saya bayar mahal-mahal macam tu je rasa dia?"

- Chacha, 26

Gambar sekadar hiasan.

Image via Shutterstock

4. Almond London

"Kuih ni terlalu London untuk lidah Perlis macam saya. Asal usul kuih ni tak jelas. Saya percaya ini pengaruh makanan luaq ja. Kalau kuih yang berteraskan badam dengan coklat ni, macam-macam variasi lagi yang kita boleh buat dan jadi lagi sedap. Open to debate!"

- Amin, 30

Gambar sekadar hiasan.

Image via El Mundo Eats

5. Semperit susu

"Kuih ni dah macam-macam sangat variasi. Semperit susu lah, semperit rainbow lah, semperit macha lah. Cuba kembalikan biskut Dahlia, yang legend je tahu sedap dia macam mana!"

- Izzah, 28

Gambar sekadar hiasan.

Image via UtusanTV

6. Biskut makmur

"Kebanyakan seller yang jual biskut makmur ni tak sedap pun. Rasa macam tepung kosong je. Kalau tak pandai buat, better jangan jual kot. Susah nak dapat biskut makmur yang betul-betul sedap sekarang ni".

- Sarah, 26

Gambar sekadar hiasan.

Image via Makan With Cherry

7. Kuih bangkit

"Kuih bangkit ni dah terlalu common, dari dulu sampai sekarang ada je orang jual kat mana-mana. Senang sangat nak cari. Waktu raya cuba bagi kuih lain, asyik-asyik kuih bangkit. Boring!" 

- Hazim, 31

Gambar sekadar hiasan.

Image via Divinely Delish

Haa, korang setuju tak dengan pendapat mereka di atas? :P

You may be interested in: