Pusat Karaoke Di Terengganu Kena 'Rush', Pasangan Berpegangan Tangan Didenda RM1,000
Ha sudah, tak pasal-pasal.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah pusat karaoke di Terengganu diserbu oleh Penguatkuasa Syariah dan sepasang kekasih dikenakan denda sehingga RM1,000
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pkuasasyariahtrg di laman TikTok, kelihatan pegawai penguatkuasa itu menyerbu salah satu bilik di dalam pusat karaoke berkenaan.
Difahamkan, sepasang kekasih turut dicekup gara-gara berpegangan tangan semasa berdua-duaan di bilik itu.
"Nak menyanyi ke nak berpegangan tangan? Kalau nak menyanyi, buatlah cara menyanyi. Kan tak pasal-pasal kena tangkap. Dosa pun dapat, menyesal pun tak sempat," katanya.
Perbuatan tidak sopan di tempat awam boleh dikenakan denda RM1,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!