seismik

Tarikan Taman Tema Terbaharu, ESCAPE Putrajaya Di Alamanda Kini Dibuka!

Bestnya, admin nak pergi!

Cover image via ESCAPE

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat peminat aktiviti ekstrem, korang tahu tak? Taman tema ESCAPE kini sudah dibuka di Alamanda, Putrajaya!

Pelbagai aktiviti dan tarikan menarik terdapat di ESCAPE Putrajaya. Jika anda membeli tiket, ianya sudah termasuk semua rides dan attractions di taman tema.

Anda boleh bermain puas-puas dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Jangan risau, jika anda ingin keluar dan masuk berkali-kali pun tidak menjadi masalah kerana tiket anda ialah unlimited!

Untuk memastikan proses masuk ke taman tema dengan lancar, ESCAPE menggunakan sistem tiket pengecaman muka (face ID)

Semua pelawat dikehendaki mendaftar muka mereka sebelum masuk ke taman tema.

1. Pautan pendaftaran muka akan dihantar ke e-mel
2. Klik pautan yang disediakan
3. Muat naik swafoto anda
4. Imbas wajah anda di pintu masuk dan enjoy pengalaman ESCAPE anda!

Harga masuk ke ESCAPE Putarajaya adalah seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web ini.

Lihat video di bawah:

@msaufie2u

ESCAPE PUTRAJAYA BAKAL DIBUKA — TIME TO PLAY Kunjungi Escape Putrajaya untuk merasai keseronokan luar biasa! Terokai taman tema terbaru di Alamanda, Putrajaya dengan permainan serta tarikan menariknya. Nikmati salah satu taman tema terbaik di Malaysia Bersantai sepanjang hari bersama keluarga dan rakan-rakan Cuba kesemua permainan dan tarikan yang berbeza Rasai keselamatan fasiliti yang dilindungi dalam taman tema ini Escape Penang Escape Petaling Jaya Escape Ipoh Escape Johor Bahru Escape Putrajaya (akan datang) Kidzania KL Kidzania SG #escapemy #escapepenang #escapepj #escapepetalingjaya #escapeipoh #escapejohorbahru #escapeputrajaya #timetoplay #kidzaniakl #kidzaniasg

Kids Play Time - Barpen

More stories to read: