Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kadar Premium Insurans Perubatan Dinaikkan Hingga 70 Peratus Tahun Depan Jadi Perdebatan

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menyatakan kenaikan kos perubatan kasar dijangka naik hanya sebanyak 15 peratus tahun depan.

Cover image via The Korea Times Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mempersoalkan mengapa premium insurans perubatan perlu dinaikkan sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun hadapan, sedangkan kenaikan kos perubatan kasar hanya sebanyak 15 peratus

Menerusi posting yang dimuat naik oleh beliau di Facebook, Guan Eng berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu menolak secara tegas kenaikan premium insurans perubatan berlebihan sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun hadapan.

Sudah tiba masanya BNM melindungi kehidupan dan kesihatan 31 juta rakyat negara ini berbanding melindungi keuntungan dan kekayaan 16 syarikat insurans hayat dan takaful.

Beliau berkata, BNM perlu menunjukkan empati sosial, tanggungjawab awam, dan belas kasihan yang beretika dalam membuat keputusan pada akhir bulan ini.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Image via Utusan Malaysia

Timbul tiga persoalan tentang akauntabiliti awam untuk pengawal selia di Kementerian Kesihatan (KKM) dan BNM

Tambah beliau lagi, BNM telah mendedahkan bahawa syarikat insurans hayat perlu menaikkan premium insurans perubatan tahun hadapan untuk mengimbangi kenaikan kos perubatan yang besar iaitu sebanyak 15 peratus di Malaysia pada 2025, berbanding kenaikan kos perubatan global sebanyak 10 peratus dan 11.1 peratus di rantau Asia Pasifik.

"Kegagalan dalam mengawal kos oleh industri insurans hayat dan kesihatan swasta di Malaysia menimbulkan tiga persoalan tentang akauntabiliti awam untuk pengawal selia di KKM dan BNM.

"Tiga persoalan akauntabiliti awam timbul, pertamanya, mengapa premium insurans perubatan perlu dinaikkan sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun hadapan, yang jauh lebih tinggi daripada kenaikan kos perubatan kasar sebanyak 15 peratus.

"Kedua, apa sebab-sebab utama yang membenarkan kos perubatan kasar melambung dan meningkat pada kadar yang lebih tinggi berbanding negara jiran serantau kita dan global.

"Ketiga pula, mengapa kegagalan dalam mengawal kos perubatan ini perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemegang polisi dan rakyat awam," katanya.

Image via Lim Guan Eng (Facebook)

Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, BNM dan KKM akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi sehingga menimbulkan banyak masalah kepada pesakit dan menyumbang kepada peningkatan inflasi.

Anwar dilaporkan berkata, BNM bersama Perbendaharaan dan KKM sedang meneliti dan merangka panduan tegas untuk memastikan syarikat insurans dan pengendali takaful (MHIT dan ITO) mengambil kira pelbagai aspek sebelum menaikkan premium.

Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP berkata, terdapat kebimbangan yang nyata terhadap kegagalan pengawalseliaan BNM dalam mencegah penyalahgunaan dalam mengenakan kos perubatan oleh kedua-dua hospital swasta dan industri insurans hayat.

Jelasnya lagi, kajian perbandingan kos dari 2021 hingga 2023 menunjukkan bahawa seorang pesakit denggi yang menggunakan Surat Jaminan (GL) dikenakan kos RM4,978, empat kali ganda lebih tinggi daripada kos RM1,288 bagi pesakit denggi yang membayar terlebih dahulu dan membuat tuntutan kemudian.

"Begitu juga, Bank Negara mengakui bahawa seorang pesakit pneumonia yang menggunakan GL perlu membayar RM6,859, tiga kali ganda lebih tinggi daripada RM2,654 yang dibayar terlebih dahulu oleh pesakit dan menuntut kemudiannya.

"Mengapa penyalahgunaan berulang ini dibenarkan oleh pihak berkuasa," katanya.

"Adakah gaji kita meningkat 40 hingga 70 peratus dalam masa setahun?" - Lim Guan Eng

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majoriti

Jelas Guan Eng lagi, sebarang penyesuaian harga premium insurans perubatan perlu dilaksanakan secara berperingkat dalam kuantum yang mampan dan munasabah, bukannya kenaikan yang berlebihan dan besar sebanyak 40 peratus hingga 70 peratus seperti yang dicadangkan untuk tahun hadapan.

Katanya, tidak ada keperluan mendesak bagi syarikat insurans hayat untuk menaikkan premium insurans perubatan mereka secara besar-besaran apabila mereka mencatatkan pertumbuhan keuntungan yang sihat.

Menurut Bank Negara, keuntungan keseluruhan bagi dana insurans hayat dan takaful keluarga adalah lebih tinggi pada separuh pertama tahun 2024 iaitu RM8.4 bilion, lebih dua kali ganda berbanding keuntungan mereka pada separuh kedua tahun 2023 iaitu RM3.2 bilion.

"Adakah syarikat insurans hayat belum cukup memperoleh keuntungan? Mengapa syarikat insurans hayat dibenarkan memperoleh lebih banyak keuntungan daripada pendapatan yang diambil daripada rakyat Malaysia yang bekerja keras dan berdepan dengan tekanan?

"Apabila gaji pekerja tidak pernah meningkat sebanyak 40% hingga 70% dalam masa setahun, tiada justifikasi moral yang jelas bagi syarikat insurans hayat untuk menaikkan premium insurans perubatan sebanyak 40% hingga 70% pada tahun hadapan," ujarnya.

Tonton video Lim Guan Eng menolak sebarang kenaikan premium insurans perubatan sebanyak 40 hingga 70 peratus di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment