Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

KAF Lancar Set Lengkap Pengurusan Jenazah Edisi Khas DUKE - "Satu Rumah, Satu Kain Kafan"

Kematian datang tak kira waktu.

Cover image via KAF Digital Media

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

"Jenazah bukan untuk ditakuti, tetapi jenazah untuk dilayani dan dikasihi"

Itulah yang ditekankan oleh pendakwah bebas, Dato' Mohd Kazim Elias bahawa jenazah perlu diuruskan secepat mungkin pengebumiannya oleh waris terdekat dan tidak boleh bertangguh.

Menurutnya lagi, satu ketika dahulu, selagi tidak datang orang yang arif datang menguruskan jenazah, ahli keluarga tidak berani untuk berbuat apa-apa.

Malah, ada yang sanggup 'berlari' ke surau berdekatan untuk meminta pertolongan dan meminjam peralatan seperti sejadah yang tidak perlu ada pun dalam menguruskan jenazah.

“Dahulu kalau hendak urus jenazah ambil masa lambat sebab ada barang yang perlu dijahit seperti sarung bantal. Selain itu, kalau tiada siapa yang datang, ada ahli keluarga tidak berani mandikan jenazah.

“Jadi setiap rumah hari ini perlu ada set pengurusan jenazah dan tidak perlu lagi ke kedai runcit dan serbaneka untuk beli barang seperti bunga mawar dan kapur barus,” katanya pada majlis pelancaran set pengurusan jenazah edisi khas Dato' Mohd Kazim Elias di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.

Dari kiri: Anas Abd Rahman; Khairul Manaf; Dato' Mohd Kazim Elias; Ketua Pegawai Eksekutif KAF Digital Media, Khairul Sani; dan Ahmad Fawzan.

Image via KAF Digital Media

Tambah beliau lagi, pendidikan untuk menguruskan jenazah perlu diperluaskan dengan mengadakan kursus percuma kepada masyarakat.

Katanya, usaha fardu kifayah tersebut penting apabila seseorang itu meninggal. Anaknya atau waris terdekat boleh menguruskan jenazah dengan sempurna dan lancar.

Untuk makluman, set pengurusan jenazah edisi khas Dato' Mohd Kazim Elias itu dikeluarkan dengan kerjasama KAF Digital Media dan Dato' Mohd Kazim Elias sebagai jurucakap bagi produk berkenaan.

Sebanyak 1,500 set lengkap pengurusan jenazah edisi khas Dato' Mohd Kazim Elias telah dilancarkan

Membawa tagline "satu rumah, satu keperluan", Ketua Pegawai Eksekutif KAF Digital Media, Khairul Sani berkata, pihaknya komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama Islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah di setiap rumah.

"Menariknya, set ini didatangi lengkap dengan 22 jenis item antaranya jubah, telekiung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi. Ia juga boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan perempuan.

"Harga bagi setiap set hanya RM249 dan pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com," kongsinya.

Set ini didatangi lengkap dengan 22 jenis item untuk pengurusan jenazah.

Image via KAF Digital Media

Sebagai rekod, syarikat KAF Digital Media ditubuhkan pada tahun 2023, dan diasaskan oleh tiga orang anak muda iaitu Khairul Manaf, Anas Abd Rahman dan Fawzan Ismail.

Setiap pengeluaran set pengurusan jenazah dikeluarkan sendiri dari kilang milik KAF Digital Media yang terletak di Desa Coalfield , Sg. Buloh.

Difahamkan, KAF Digital Media juga membuka jualan secara OEM di mana jika terdapat mana-mana pihak yang ingin membuat penjenamaan sendiri bagi set pengurusan jenazah dan menginfakkan set pengurusan jenazah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment