seismik

Lee Zii Jia Muncul Juara Terbuka Thailand 2024 - "Malaysia Boleh!"

Kemenangan ini merupakan kali kedua dimenanginya untuk Terbuka Thailand selepas kali terakhir pada tahun 2022.

Cover image via Twitter/X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Atlet badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membawa khabar gemira buat rakyat Malaysia apabila dia berjaya merampas kembali trofi Terbuka Thailand selepas kali terakhir dimenanginya pada 2022

Menurut laporan Harian Metro, Zii Jia yang juga pemain ranking ke-10 dunia tampil bersemangat sejak awal permainan untuk menumpaskan wakil Hong Kong, Ng Ka Long 21-11, 21-10 dalam aksi final di Stadium Nimibutr, Bangkok, sebentar tadi.

Pemain kelahiran Kedah berusia 26 tahun itu mempamerkan permainan agesif dan penuh berhati-hati sejak di set pertama untuk mencatat kemenangan hanya dalam tempoh 15 minit dan momentum itu diteruskan di set kedua.

Aksi di kejohanan bertaraf Super 500 itu menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pemain terikat 4-4 selepas lapan pertemuan.

Kemenangan berkenaan ternyata memberi tonik buat Zii Jia yang akan menyambung aksi di laman sendiri di Axiata Arena dalam saingan Masters Malaysia, bermula Selasa depan.

Image via Twitter/X

Kejuaraan sulung buat Zii Jia tahun ini yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi

Sementara itu, pencapaian terbaik Zii Jia setakat tahun ini hanya di suku akhir Terbuka India, Masters Indonesia, Seluruh England dan Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Zii Jia yang meraikan kejayaan itu dengan meletak jari telunjuk di mulut membawa pulang hadiah wang tunai AS$31,500 (RM147,640) manakala Ka Long meraih AS$15,960 (RM74,804) selaku naib juara.

Sebagai rekod, kemenangan ini juga merupakan adalah yang kedua buat Zii Jia selepas turut pernah menjuarai kejohanan sama pada edisi 2022.

Lihat video detik kemenangan Zii Jia di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: