"Kalah Suami Isteri" - Trend Khalwat Siber Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Membimbangkan!
Pentingnya ajar anak2 kita tentang sex education. Take note parents!
Kecanggihan teknologi pada masa kini telah banyak memudahkan kerja seharian kita, lebih-lebih lagi waktu musim pandemik Covid-19 ini
Namun begitu, masih terdapat pihak yang menggunakan laman sosial untuk tujuan yang tidak berfaedah dan boleh mendatangkan dosa terutamanya dalam golongan remaja.
Realitinya hari ini, terdapat trend baru yang berleluasa dalam kalangan remaja iaitu khalwat alam maya. Dengar saja perkataan khalwat, kita sudah tahu ianya adalah kegiatan yang tidak sihat. Senang cerita, kita sebut sebagai zina.
Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini mengenai seorang doktor bernama Ana Yasmin Azmi atau dikenali sebagai Dr Ana telah berkongsi tentang trend yang menakutkan ini.
Baca ciapan penuh di bawah:
Bukan saja remaja, malah murid sekolah rendah pun ramai sudah terjebak dengan khalwat alam maya ini
Menurut Dr Ana, trend ini semakin menjadi-jadi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan.
Memandangkan ibu bapa tiada di rumah kerana keluar bekerja, anak-anak terpaksa ditinggalkan sendiri dengan harapan semuanya baik-baik saja.
"Di usia 11-16 tahun, ada mak ayah dah yakin untuk mereka tinggal sendiri dirumah. Makanan dah disiapkan. Handphone dibelikan yang murah tapi boleh video call, di rumah ada wifi maka handphone tak perlu credit, WhatsApp pun dah ada video call," katanya.
Selalu video call sampai semua benda nak ditayang walaupun rumah yang berbeza
Dr Ana berkata dia naik mual apabila melihat kegiatan ini dilakukan oleh budak belasan tahun dan lebih teruk lagi, ada yang masih bersekolah rendah.
Antara aktiviti yang dilakukan bersama melalui video call adalah seperti tidur, tukar baju dan mandi. Seterusnya mengajak pasangan ke rumah semasa ketiadaan ibu bapa dan akhirnya terlanjur dan mengandung.
Baca lagi perkongsian daripada Dr Ana di bawah:
Image via @anayasminazmi (Twitter)
Image via @anayasminazmi (Twitter)
Ciapan itu turut mendapat perhatian dan kesedaran daripada netizen
Sementara itu, ada yang berkongsi kebanyakan remaja zaman sekarang menggunakan konsep friends with benefit (FWB) di mana pergaulan yang terlalu bebas sehingga membuat aktiviti khalwat walaupun sebagai kawan.
Antara pandangan daripada netizen di Twitter:
Image via @anayasminazmi (Twitter)
Image via @anayasminazmi (Twitter)
Image via @anayasminazmi (Twitter)
Image via @anayasminazmi (Twitter)
Image via @anayasminazmi (Twitter)
Image via @anayasminazmi (Twitter)
Nauzubillahiminzalik. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi daripada perbuatan zina ini.
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment