"Kalau Aku Dah Kena Slip Disc" - Gelagat Nenek Gelek Dangdut Ini Buat Ramai Tergamam
Mana dia dapat tenaga tu ya?
Tidak dinafikan, jika usia kita sudah lanjut pasti banyak mengalami sakit-sakit badan
Iyalah, sejak usia muda lagi kita bekerja keras dan menggunakan tenaga sepenuhnya. Sebab itu, kita dinasihatkan bersenam dan mengambil suplemen untuk kekal sihat.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang nenek dilihat semangat berjoget telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba gelek dangdut ikut rentak di atas pentas
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang nenek sedang berada di atas pentas untuk membuat persembahan bersama penyanyi.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia kelihatan sangat sihat dan bertenaga. Dia juga dilihat semangat bergelek dan berjoget lagu dangdut yang dinyanyikan penyanyi di situ. Dipercayai, nenek itu menghadiri kenduri kahwin di Indonesia.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mak cik ni dah lama pendam perasaan nak naik stage. Sekali bila dapat memang kena all out lah. Padu mak cik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5M tontonan, 252K tanda suka dan 13K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fadhlydeden.mc (TikTok)
Image via @fadhlydeden.mc (TikTok)
Image via @fadhlydeden.mc (TikTok)
Image via @fadhlydeden.mc (TikTok)
Min yang tengok ni pun dah rasa sakit pinggang :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment