Kanak-Kanak 4 Tahun Ini Nyaris Maut Gara-Gara Diracun Ibu Kandung Sendiri
Tergamaknya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun nyaris maut di bilik kecemasan New York City selepas doktor mendapati dia mengalami keracunan ubat sawan
Menurut sumber, kanak-kanak tersebut didakwa telah diracun oleh ibu kandungnya sendiri dan suspek kini sudah ditangkap.
Polis mendakwa wanita terbabit sudah membuat 190 perjalanan ke hospital untuk mendapatkan ubat yang tidak diperlukan untuk anak perempuannya.
Suspek, Tajahnar Brown, 23, didakwa pada Jumaat atas tuduhan cubaan membunuh dan serangan peringkat pertama terhadap anaknya itu.
Image via My Metro
Rupa-rupanya suspek menghidap sindrom Munchausen
Wanita itu dikatakan menghidap sindrom Munchausen iaitu keadaan psikologi di mana seseorang berpura-pura sakit atau sengaja menghasilkan gejala penyakit dalam diri mereka sendiri.
"Niat utama mereka adalah supaya orang mengambil berat terhadap mereka dan memberi perhatian," kata Jabatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).
Menurut polis, kes bermula pada 2 Mei, apabila Brown membawa anaknya yang berusia tiga tahun itu ke Pusat Perubatan Montefiore dan mendakwa kanak-kanak itu perlu makan ubat sawan dalam kuantiti yang banyak.
"Dia membuat kenyataan berulang kali bahawa kanak-kanak itu memerlukan ubat-ubatan yang meminta kakitangan untuk memberi lebih banyak dos," kata polis.
Baru tahu sindrom Munchausen ni wujud. Bahaya betul, kesian anak jadi mangsa :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment