Kanak-Kanak 10 Tahun Ini Sara Diri Lepas Ayah & Nenek Sudah Tiada. Cekal Sungguh
Cekalnya kau dik!
Zaman kanak-kanak sepatutnya merupakan waktu untuk bersuka ria, bukannya masa untuk bersusah-payah fikir tentang kehidupan
Namun begitu, itulah realiti yang perlu dihadapi oleh Dang Van Khuyen yang berusia 10 tahun dan berasal dari Vietnam apabila dia harus menyara dirinya selepas tinggal sebatang kara.
Kisah tragis kanak-kanak ini dikongsi oleh Mothership yang menceritakan bagaimana dia memilih untuk menyara dirinya sendiri dan menolak untuk menjadi anak angkat.
Image via Motherships
Ibunya meninggal dunia semasa dia masih kecil menyebabkan dia tinggal bersama neneknya di kampung
Image via Motherships
Ayahnya pula pergi bekerja di bandar dan akan mengirim wang setiap bulan. Dia juga turut bersekolah di kampungnya. Bagaimanapun, kanak-kanak itu ditimpa malang apabila ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja
Lebih menyedihkan apabila mereka juga tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa pulang jenazah ayahnya untuk disemadikan di kampung. Mujurlah ramai yang membantu termasuklah kerajaan negara itu menghulurkan bantuan dan akhirnya ayahnya dapat dibawa pulang.
Image via Motherships
Selepas ayahnya, neneknya pula meninggal dunia kerana sakit tua
Terdapat dua versi mengenai kisah nenek kanak-kanak tersebut, ada yang melaporkan bahawa neneknya meninggalkan Van Khuyen seorang diri kerana berkahwin lain dan duduk di kampung seberang.
Namun, kisah sebenar akhirnya terungkai apabila dikhabarkan bahawa neneknya meninggal dunia kerana sakit tua. Selain itu, dipercayai bahawa ahli keluarga lain kanak-kanak itu juga menolak untuk menjaganya membuatkan dia memilih untuk tinggal seorang diri.
Image via Motherships
Kanak-kanak itu kini hidup dengan berkebun dan ihsan jiran-jiran sekeliling
Dia dikatakan menanam ubi di kawasan rumahnya dan mencari pucuk buluh sebagai sumber makanan harian. Selain itu, jiran-jiran juga akan menghantar makanan kepada kanak-kanak tersebut.
Image via Motheships
Sebenarnya, ramai yang ingin menghulurkan kepadanya namun Van Khuyen memilih untuk menyara dirinya sendiri dan menolak untuk dijadikan anak angkat.
Selain itu, dia juga masih lagi meneruskan persekolahannya dan dikecualikan daripada membayar yuran.
Image via Motherships
Kecekalan kanak-kanak ini sememangnya sangatkan menginsafkan. Semoga dapat dijadikan pengajaran!
Image via Motherships
Baca juga kisah kanak-kanak ini:
Leave a comment