Kanak-Kanak Lelaki Ini Sanggup 'Terjun' Longkang Untuk Selamatkan Kucing Lemas. Respect!
Mulianya hati dia!
Bagi anda yang merupakan pencinta kucing pasti sanggup untuk melakukan apa saja demi menyelamatkan nyawa haiwan comel ini bukan?
Sama juga seperti kisah yang tular di Twitter baru-baru ini apabila kebaikan seorang kanak-kanak lelaki telah mencuri tumpuan ramai.
Dia dikatakan sanggup masuk ke dalam longkang demi menyelamatkan beberapa ekor anak kucing yang lemas dihanyut air.
Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:
Sanggup masuk longkang kotor untuk selamatkan anak kucing yang lemas
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @amirulicio, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang menyelamatkan seekor anak kucing di dalam longkang dengan menggunakan jaring.
Tindakan spontannya itu mendapat perhatian dan respect daripada orang ramai kerana berhati mulia dan sanggup meredah air longkang yang kotor demi nyawa haiwan kesayangan ramai itu.
Image via @amirulicio (Twitter)
Image via @amirulicio (Twitter)
Apa yang lebih menarik perhatian adalah mak cik kepada kanak-kanak lelaki itu sempat meninggalkan komen di bawah ciapan berkenaan dan memberitahu bahawa adik Rayyan Afif sememangnya seorang pencinta kucing dan pernah juga viral di Facebook tahun lepas.
"This is a real superhero la pada saya" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah mendapat 41.6K retweets, 75.6K likes serta 499 quote tweets.
Rata-rata warganet memuji tindakan adik Rayyan Afif dan berkata dia adalah superhero yang sebenar kerana menyelamatkan anak kucing itu daripada lemas dihanyut air.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Image via @amirulicio (Twitter)
Image via @amirulicio (Twitter)
Image via @amirulicio (Twitter)
Image via @amirulicio (Twitter)
Image via @amirulicio (Twitter)
Image via @amirulicio (Twitter)
Image via @amirulicio (Twitter)
Bagus awak dik, boleh bagi inspirasi dekat orang ramai. Semoga menjadi orang yang berjaya bila dah besar nanti :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment