Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kantoi Hanya Sewa Rumah Bukan Beli, Isa Isarb Buka Mulut Jelaskan Kos Sebulan Cecah RM45K

Kenapa kalau aku sewa pun? - Isa

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pelabur hartanah mendakwa rumah yang didakwa dibeli Isa Isarb dengan harga RM9.7 juta itu hanyalah sekadar sewa

Salah seorang netizen turut menyatakan kemusykilan seorang content creator yang tiada menandatangani apa-apa dokumen pembelian hartanah tetapi telah masuk dan tinggal di rumah baru. 

Image via Ishaq Marazi (FB)

Pelabur hartanah yang dikenali sebagai Ishaq Marazi juga membuat kenyataan mendakwa Isa sebenarnya tidak membeli rumah tersebut dan hanya menyewa.

Dia juga menasihati ramai supaya jangan terperdaya dengan YouTuber atau content creator.

Image via googleapis.com

Image via fbcdn.net

Image via fbcdn.net

Isu jadi lebih hangat apabila Isa Isarb tampil membuat penjelasan dan melabel pelabur hartanah itu pemfitnah

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Isa menegaskan dakwaan itu merupakan satu fitnah. Dia membeli rumah subsale yang dimaksudkan rumah second hand.

"Kalau kita beli satu rumah, lepas itu kita nak masuk awal. Proses banking belum selesai lagi tapi kita nak masuk awal. Jadi, apa yang kita buat adalah kita minta dekat owner lama. Cakap ‘saya nak masuk dulu dan saya bayar sewa dekat awak.

"Awak (Ishaq) patutnya bukan hubungi ejen (hartanah) yang tengah cuba menjual rumah ini. Sekarang cuba awak pergi semak iklan di satu Malaysia. Mesti dah tak ada iklan untuk rumah ini dijual.

"Awak sebenarnya dah memfitnah, you’re very wrong and you’re bad person now. Jadi sekarang ini kesannya awak dah bagi saya nampak jahat. Macam mana awak nak bayar hutang saya?" katanya.

Tambahan pula, Isa juga pelik mengapa ejen itu memfitnah dia sedangkan dengan menyewa rumah itu saja menelan kos yang tinggi.

"Saya pelik sebenarnya, kalau sewa pun apa masalah dengan awak? Untuk maklumat awak, saya sewa pun RM20K, maintenance RM10K, termasuk aircond 40 HP, landskap, kolam renang, kolam ikan dan segalanya. Bil elektrik nak dekat RM15K. Jadi, di situ saja dah dekat RM45K" katanya.

Isa juga bertanya apa point pelabur hartanah itu menviralkan dirinya. 

Image via @isaisarbofficial (TikTok)

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment