"Kantoi Undi Parti Lain" - Remaja Kongsi Rahsia Adik Pada Bapa Ini Buat Ramai Boleh Relate
Abangnya tu suka sangat menyakat.
Rakyat bebas memilih calon kerana ia merupakan hak individu
Kebebasan memilih pemimpin merupakan perkara yang diterapkan dalam sesebuah negara demokrasi.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, gelagat remaja buat aduan pada bapa berkenaan adiknya yang memangkah calon bukan kegemaran mereka telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bapa bergurau suruh kemas barang untuk keluar dari rumah
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fdsssss___ di TikTok, telatah anak beranak itu bergurau ingin menghalau adik remaja itu buat ramai boleh relate.
Lebih melucukan, si abang dengan selamba menghantar rakaman suara perbualan bersama adiknya berkaitan calon yang diundi kepada bapanya.
Selepas diketahui, bapanya bergurau dengan mengarahkan adiknya untuk mengemas barang supaya meninggalkan rumah mereka.
Image via @fdsssss___ (TikTok)
Image via @fdsssss___ (TikTok)
"Macam tu je kena buang keluarga" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat keluarga tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 456.8K tontonan, 30.5K tanda suka dan 956 perkongsian di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fdsssss___ (TikTok)
Image via @fdsssss___ (TikTok)
Image via @fdsssss___ (TikTok)
Alahai, kenapa pergi buka mulut dik :P
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment