Kasihan Lihat Individu Bawa Anak-Beranak Ramai Naik Motor, Pasangan Bantu Tumpangkan Ke KL
Bagus lihat orang yang membantu macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di dalam dunia ini tidak semua orang hidup senang dan mempunyai duit
Alangkah bagusnya jika kita dapat membantu mereka ini semampu yang boleh, walaupun bukan dari pemberian wang ringgit, bantuan kita sudah pasti dapat meringan beban mereka.
Begitulah yang dilihat orang pasangan suami isteri ini yang memberikan bantuan selepas melihat seorang individu di dalam kesusahan bersama anak-anaknya.
Image via @anisafiqahmohdisa (Instagram)
Tak sampai hati lihat bawa anak ramai naik motor
Menerusi video tersebut, difahamkan pada masa itu pasangan berkenaan sedang berada di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Namun, mereka terlihat seorang wanita menunggang motosikal bersama tiga anak sebaik sahaja mengisi minyak.
Menurut sumber, wanita berkenaan berusia 40-an manakala tiga anaknya berusia antara enam hingga tiga tahun menunggang motosikal dari Teluk Intan menuju ke rumahnya di Damansara Damai, Sungai Buloh.
Oleh kerana tidak sampai hati melihat mereka, pasangan itu membantu wanita berkenaan untuk menumpangkan anak-anaknya dan dihantar ke rumah.
"Jadi bantu apa yang mampu. Alang-alang kami nak ke KL, kami tumpangkan anak-anaknya.
"Kita rasa kita susah, tapi sebenarnya ada lagi susah daripada kita," tulisnya.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment