seismik

[VIDEO] Belum Kahwin Dah Bagi Teman Wanita Macam-Macam, Rupa-Rupanya Kena Nasi Kangkang

Takut pula tengok.

Cover image via @hasnanrili (TikTok) & Fiksyen Shasha (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam fasa bercinta, sudah tentu kita banyak luangkan waktu bersama pasangan

Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan si dia. Bila dah sayang pula, ada yang sanggup berhabis duit dek kerana cinta.

Zaman sekarang, pelbagai benda orang boleh lakukan demi untuk 'menagih' cinta seseorang. Tanpa kita sedar, kita pun hanya mengikut saja permintaan si dia, tetapi rupa-rupanya lain pula yang terjadi.

Begitulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia terkena 'nasi kangkang' yang diberikan oleh teman wanitanya.

Kakak terus bawa pergi berubat lepas nampak perubahan adik

Menerusi video tersebut, difahamkan lelaki itu telah terkena nasi kangkang akibat daripada perbuatan teman wanitanya.

Akibat daripada itu, dia sering memberikan apa saja permintaan teman wanitanya, selalu diberi makan, tidak boleh mengawal hati walaupun tidak rela, kerap bermimpi nasi ditangas bawah kangkang dan selalu mengalami panic attack.

Mujur saja perubahan itu dilihat oleh kakak lelaki berkenaan yang bertindak untuk membawanya terus pergi berubat.

Lihat video itu di bawah:

@hasnanrili TEMAN WANITA BAGI NASI KANGKANG UNTUK MENGIKIS HARTA #nasikangkang #nasitangas #kikishartaorang suara asli - Fauzana

Bahayanya kalau sampai tahap macam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: