seismik

[VIDEO] Netizen Seronok Lihat Mak Cik Fasih Bahasa Tamil Layan Jiran India Datang Beraya

Satu Malaysia.

Cover image via @julianapija (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa

Di Malaysia, hari raya sudah pastinya disambut meriah. Malah, pelbagai persiapan telah dilakukan. Amalan ziarah menziarahi rumah ke rumah juga sudah menjadi perkara yang mesti dilakukan.

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini yang fasih berbahasa tamil ketika menjemput jirannya yang datang beraya.

Seronok tengok jiran India datang singgah rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang melayan jirannya berbangsa India yang datang ke rumahnya.

Dapat dilihat, wanita berkenaan terus berborak dalam bahasa tamil selepas jirannya itu datang untuk beraya ke rumah.

"Mak happy bila anak jiran India datang raya. Terus mak cakap Tamil," tulis anak wanita itu di TikTok.

"Terbaik. Dalam Islam memuliakan tetamu sangat-sangat dituntut" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji cara wanita tersebut melayan tetamu dan ramai yang terkejut dengan kebolehannya berbahasa tamil.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M views, 67.9K likes dan 2,196 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@julianapija Mak happy bila anak jiran India datang raya.Terus mak cakap Tamil #fyp #foryourpage #selamathariraya original sound - Juliana Pija

Bukan semua orang fasih bahasa tamil, terbaiklah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: