seismik

[VIDEO] Bergaduh Sebab Potong Mengejut, Kereta Waja Akhirnya Kemalangan Sampai Terbalik

Teruk tu dia terbabas.

Cover image via @annazrulan (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengguna jalan raya adalah perlu untuk kita mematuhi segala peraturan semasa memandu

Hal ini bagi mengelakkan daripada berlaku kemalangan atau kejadian yang tidak diingini. Memang tidak dinafikan, sesetengah orang bertindak 'kasar' di jalan raya sehingga membuli pengguna jalan yang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman dashcam yang menunjukkan dua buah kereta bergaduh di tengah jalan raya.

Image via @annazrulan (X)

Marah sebab kereta tersebut masuk lorong kanan secara mengejut

Menerusi video tersebut, kelihatan rakaman dashcam itu didapati dari sebuah kereta yang berada di hadapan.

Dapat dilihat, kereta Proton Waja berwarna hitam itu telah memasuki lorong kanan secara mengejut menyebabkan kereta Honda City dibelakangnya terpaksa brek secara mengejut.

Difahamkan, ia kerana kereta Waja tersebut cuba untuk memotong lori di lorong tersebut. Kejadian itu membuatkan kereta honda terbabit merasa marah dan mula memotong dan melakukan aksi berbahaya.

Maka dari situlah bermulanya insiden langgar melanggar dan akhirnya kereta Proton Waja tersebut terbabas dan melanggar pembahagi jalan sekaligus menyebabkan ia terbalik.

Owner kereta dashcam turun marah kereta Honda

Selepas berlakunya kemalangan tersebut, pemilik dashcam kereta berkenaan terus berhenti di tepi jalan dan menolong pemandu Waja yang kemalangan.

Kelihatan juga mereka semua memarahi pemandu kereta Honda terbabit atas kelakuannya di jalan raya.

Lihat video itu di bawah:

Buat masa ini belum ada lagi sebarang update mengenai pemandu kereta Proton Waja terbabit. Harap-harap tiada yang serius.

Beringat-ingatlah ketika di jalan raya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: