Lelaki Terkejut Kena 'Ketuk' Makan Colek Satu Pinggan Sampai RM71
Mahal betul.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi orang pantai timur pasti sudah biasa dengan makan colek bukan?
Colek ini merupakan makanan yang mudah dimakan dan tidak kira waktu. Colek ini boleh dilihat seperti rojak buah, pasembur dan juga goreng tepung.
Di bandar juga, ramai sudah memulakan perniagaan colek ini jadi tidak perlulah kita pergi jauh untuk merasa hidangan ini.
Namun, seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya selepas mengetahui harga colek yang dibelinya di sebuah kedai.
Satu pinggan colek cecah sampai RM71
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X, lelaki itu berkongsi sekeping gambar colek yang dimakannya ketika berada di sebuah kedai.
Difahamkan, dia mengambil satu pinggan colek yang dikongsi bersama rakannya, namun terkejut selepas mengetahui harga yang dikenakan adalah sehingga RM71 untuk satu pinggan tersebut.
"Colek gini RM71. Kena ketuk kaw. Toksey mari doh," katanya.
"Ni RM71? Rupa macam RM17 je" - Netizen
Dalam pada itu, jika lihat di bandar ramai peniaga dan pengusaha yang sudah memulakan perniagaan colek ini.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 224 comments, 2.1K repost dan 5.1K likes di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!