Ramai Baru Tahu Penyanyi Lagu Raya Popular Ini Rupa-Rupanya Adik Beradik Berbangsa India
Min pun baru tahu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila tiba hari raya, memang tak sah kalau tak menyanyi lagu-lagu raya untuk dapatkan 'mood' itu betul tak?
Lagi rasa feel bila menyanyikan lagu-lagu raya yang legend dan popular dahulu. Memang aura dia lain macam, tak sabar nak menyambut Aidilfitri.
Bila sebut lagi hari raya saja, kita memang sinonim dengan penyanyi berbangsa Melayu yang akan menyanyikannya.
Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada satu lagu popular hari raya yang sebenarnya dinyanyikan oleh sebuah kumpulan berbangsa India?
Kumpulan terdiri daripada dua adik-beradik berbangsa India
Untuk pengetahuan anda, lagu berjudul Bersama Di Hari Raya adalah dinyanyikan oleh dua orang adik-beradik yang berbangsa India.
Kumpulan itu diberi nama Cenderawasih dan lagu ini menjadi salah satu lagi wajib dimainkan ketika sambutan hari raya.
Ia ditubuhkan pada tahun 1981 yang dianggotai oleh Helen Savaree dan Irene Savaree.
Kumpulan ini sebenarnya memiliki banyak lagu hits antaranya adalah Deritamu Deritaku. Difahamkan, mereka juga adalah graduan di Berklee College of Music di Boston.
Di ruangan komen juga ramai yang memberikan reaksi mereka selepas mengetahui penyanyi sebenar lagu tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!