[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Pasang Pelita Sebagai Hiasan Halaman Rumah
Sekarang dah tahu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pejam celik sekejap saja masa berlalu, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Sudah tentu banyak persiapan telah dilakukan. Dari pakaian sehinggalah menghias rumah. Iyalah, pada hari raya pasti ramai orang yang akan datang beraya di rumah betul tak?
Sesetengah masyarakat Melayu secara tradisinya akan menyalakan pelita di sekitar kawasan rumah mereka begi memeriahkan lagi sambutan hari raya.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video yang mana Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum memasang pelita menjelang hari raya.
Jelas bergantung kepada tujuan seseorang
Menurut video tersebut, UAI menjelaskan perkara memasang pelita tidak dilarang oleh Nabi, namun ia semua bergantung kepada niat dan asal tujuan pelita tersebut dinyalakan.
UAI menjelaskan jika niat adalah untuk memeriahkan suasana, membuat rumah nampak cantik maka hukumnya adalah harus.
Tetapi, jika tujuannya adalah kerana melihat orang kafir melakukannya, maka ia adalah haram.
Justeru, masyarakat yang ingin memasang pelita mestilah menetapkan tujuan pelita dipasang seperti bertujuan untuk memeriahkan suasana 10 malam terakhir bagi menyambut hari raya dan sebagainya.
Ini kerana setiap perkara akan dinilai berdasarkan tujuan perbuatannya berasaskan kaedah tersebut:
الأَمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا
Maksudnya: “Setiap perkara itu dinilai berdasarkan tujuan-tujuannya”. (Lihat Ashbah wa Nazhair , Imam Suyuthi 1/8)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!