Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kau Dah Tahu Kerja Bagi Tahu Awal" - Individu Bengang Rakan MIA, Ambil MC Last Minute

Seeloknya beritahu awal agar urusan kerja tidak terganggu.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sijil cuti sakit kebiasaannya akan diambil jika kita tidak berasa sihat atas sebab-sebab yang tertentu

Tambahan lagi buat mereka yang bekerja, sijil sakit atau medical certificate (MC) amat penting dan perlu diberi kepada syarikat. Ia adalah sebagai bukti bahawa kita memang betul sakit.

Namun, jika kita berasa tidak sihat, seeloknya memberitahu awal agar urusan kerja tidak terganggu dan beban kepada orang lain.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang individu meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap rakan sekerja yang mengambil cuti sakit 'last minute'.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Post

Rakan hilang sampai tengah hari, tiba-tiba beritahu nak ambil MC

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa kesal terhadap rakan sekerjanya yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, rakan sekerjanya itu sepatutnya masuk bekerja pada pukul 9 pagi, tetapi sehingga tengah hari masih tiada khabar darinya. Malah, mereka juga ada menghubungi dan mencarinya tetapi tidak berjaya.

Namun, rakannya itu tiba-tiba memberitahu bahawa dia telah mengambil cuti sakit. Perkara itu membuatkan dia marah kerana sikap rakannya yang dilihat tidak wajar.

Tambahnya, bos pula jenis berlembut dan tidak bertegas. Bukan itu sahaja, mereka juga diberi pilihan untuk kerja dari rumah.

"Aku tahu MC tu hak masing-masing, tapi have some emphaty please? Kau dh tahu kau kerja, kau bgaitahu la awal-awal kau nak MC. Ini tak, waktu kerja start 9am, tapi sampai pukul 12 tengahari MIA, orang cari kau call tak angkat-angkat.

"Then tiba2 kau bangun tidur kau cakap kau nk MC. Pastu orang tiba-tiba kena cover kerja kau?Kau takde rasa tanggungjawab eh?," tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment