Kawan Nak Belanja Tudung RM350, Soalan 'Sample' Peperiksaan Ini Buat Netizen Terkejut
Kawan dari syurga ini.
Sanggupkah kita belanja ratusan ringgit untuk membeli hadiah sempena hari lahir rakan?
Bayangkan kawan anda mempelawa untuk membelikan anda sesuatu barang yang dah lama inginkan, lagi-lagi barang itu mempunyai harga yang mahal.
Sudah pasti anda akan terkejut kerana sangatlah rare kawan yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk hadiah hari lahir.
Itulah situasi yang digambarkan dalam soalan contoh Bahasa Inggeris yang telah tular di Twitter.
Lihat perkongsian Tweet tersebut di bawah:
Petikan daripada soalan contoh Bahasa Inggeris tingkatan lima
Menerusi perkongsian tweet tersebut, soalan yang disiarkan itu dikatakan daripada kertas sample Bahasa Inggeris untuk tingkatan lima. Ada juga yang mengatakan soalan ini merupakan salah satu soalan daripada kertas percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.
Apa yang menarik adalah situasi yang diberikan oleh soalan tersebut menunjukkan dua orang rakan sedang berborak dan salah seorang daripadanya mempelawa untuk membelikan rakannya itu tudung yang berharga RM350.
Namun, apa yang membuatkan netizen pelik adalah apabila rakannya itu dengan selamba mempelawa belikan tudung mahal seolah-olah RM350 itu harga yang murah. Berikutan itu, ramai yang ingin mencari rakan seperti Suraya.
Image via @admharithhh (Twitter)
"Di mana nak cari seorang Suraya" - Netizen
Susulan tularnya tweet tersebut, kini ia telah meraih 407.4K views, 4,843K likes dan 591 reposts di Twitter. Rata-rata dari komen yang diberikan netizen menunjukkan reaksi yang sama iaitu mencari rakan yang bernama Suraya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @admharithhh (Twitter)
Image via @admharithhh (Twitter)
Image via @admharithhh (Twitter)
Ada kawan macam ini, memang bahagia hidup :p
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment