KDN Serbu 11 Kedai Swatch & Rampas Jam Tangan 'Pelangi' Yang Didakwa Ada Unsur LGBTQ+
Difahamkan, sebanyak 22 jam tangan telah dirampas kerana ia membawa simbol LGBTQ+.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi, yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer+(LGBTQ+)
Menurut laporan, serbuan selama dua hari pada 13 dan 14 Mei itu diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.
Lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.
Image via Facebook
Image via The Nation Thailand
Susulan berita itu, seorang pengguna Facebook menggesa rakyat Malaysia yang lain membuang jam tangan Swatch mereka kerana syarikat itu menjual jam tangan Pride Collection, yang direka dengan jalur pelangi.
"Anda tidak perlu menunggu Coldplay. Siapa yang memakai jam tangan Swatch, buang sekarang!" tulisnya.
Selepas posting Facebook berkenaan tular, pegawai Kementerian Dalam Negeri terus menyerbu 11 kedai Swatch dan merampas semua jam tangan Pride Collection jenama itu
Para pegawai menyerbu kedai Swatch Mid Valley Megamall dan menyerahkankan notis yang menyatakan bahawa 22 jam tangan telah dirampas kerana ia membawa simbol LGBTQ+.
Notis itu juga menyatakan bahawa kutipan itu melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Menurut akta tersebut, jenama yang menjual barangan yang dianggap berbahaya atau mungkin memudaratkan moral mungkin menghadapi akibat undang-undang.
Selain outlet Mid Valley, 10 kedai Swatch lain di seluruh negara diserbu pada hari Sabtu, 13 Mei, dan Ahad, 14 Mei, termasuk pusat beli-belah 1 Utama, Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, SOGO KL, dan Vivacity Megamall.
Image via Swatch (Provided to SAYS)
Image via Swatch (Provided to SAYS)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr, memaklumkan terkejut dan kecewa dengan rampasan yang dilakukan itu
Beliau berkata, pihaknya menyokong kepelbagaian dan inovasi yang ditonjolkan.
"Swatch berbangga menjadi kanvas pada tangan pemakai jam jenama kami, yang merangkumi pelbagai jenis individu di serata dunia serta karyawan yang bekerjasama dengan kami.
"Jenama ini diminati kerana kreativiti dan rampaian warna yang menghiasi kualiti jam keluaran Switzerland. Kami tidak berasakan koleksi jam yang menggunakan warna pelangi dengan mesej kedamaian dan kasih sayang boleh membahayakan orang lain.
"Sebaliknya, Swatch sentiasa mempromosikan mesej positif berkaitan kegembiraan dalam hidup. Mesej ini tidak bersifat politik.
"Dalam hal ini, timbul tanda tanya adakah Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri akan 'merampas' pelangi yang muncul secara semula jadi yang terdapat di langit," kata Nick seperti dipetik sebuah portal.
Nick berkata, sejak dahulu lagi jenama jam itu dikenali dengan kepelbagaian warna dan rekaan yang bertujuan meraikan kepelbagaian individu daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Dalam pada itu, Nick berharap supaya jam tangan yang dirampas itu dikembalikan semula kepada pihaknya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment